Rabu, 15 Oktober 2008

LAWATAN KE LUAR NEGARA DITANGGUH




KUALA TERENGGANU 15 Okt: Lawatan Kawat ke luar negara yang sepatutnya diadakan pada 31hb Oktober hingga 1 November ini terpaksa ditangguhkan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Malah cadangan agar lawatan itu ditukar ke Indonesia juga ditolak memandangkan YAB Menteri Besar Terengganu mahu ia tetap diadakan ke Thailand.

Menurut Pengerusi Lawatan Kawat yang juga Timbalan Presiden Kawar, Haji Redzal Arshad (Gambar) beliau telah pun mengadakan perbincangan dengan pegawai di pejabat YAB Menteri Besar semalam bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

"Jadi lawatan ke Thailand terpaksa ditangguhkan memandangkan keadaan keselamatan di negara berkenaan masih belum terjamin akibat krisis politik yang sedang berlaku," katanya.

Katanya, Kawat akan memaklumkan melalui surat hebahan kepada ahlinya mengenai penangguhan tersebut dalam masa terdekat dan berharap mereka yang mengetahui perkara ini agar menghebahkan juga kepada rakan-rakan yang lain.

Namun begitu, lawatan tersebut tetap akan diadakan pada tahun ini dengan jumlah peserta yang dipersetujui seramai 80 orang.

Haji Redzal berkata, penangguhan lawatan ini adalah sesuatu yang tidak mampu dielakkan dan pihaknya memahami mengenai ahli-ahli yang telah mengambil cuti bagi tujuan tersebut.
Sebarang kesulitan atau kemusykilan bolehlah menghubungi Haji Redzal di talian 017-3702237.