Wartawan Kosmo!, Nadzarul Amir Zainal Azam membawa pulang
wang tunai RM3000 setelah berjaya mendapat tempat pertama bagi dua kategori
penulisan terbaik pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2013 di TH
Hotel, Gong Badak dekat Kuala Terengganu pada 8 Oktober 2013.
Nadzarul Amir mendapat tempat pertama bagi kategori Berita
Ekonomi Terbaik dan Penulisan Rencana Terbaik.
Wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Hussain dan wartawan
Utusan Malaysia, Siti Airunnisa Alaui masing-masing turut menerima dua hadiah
pada malam yang penuh gemilang itu.
Nurul Huda membawa pulang wang tunai RM1750 setelah berjaya
mendapat tempat kedua bagi Penulisan Berita Terbaik dan ketiga bagi kategori
Penulisan Berita Sukan Terbaik manakala Siti Airunnisa Alaui menerima hadiah wang
tunai RM1500 setelah mendapat tempat ketiga bagi kategori Berita Pendidikan
Terbaik dan Berita Ekonomi Terbaik.
Jurufoto Bernama, Arjasneh Ahmad berjaya mendapat pertama
bagi kategori Foto Terbaik dan membawa
pulang wang tunai RM1500, tempat kedua dengan hadiah RM1000 dimenangi oleh
Jurufoto NSTP, Tengku Mohammad Shahmin Tengku Ismail dan ketiga diperolehi oleh Jurufoto Utusan
Malaysia, Azlan Baharum dengan hadiah RM750.
Bagi kategori Berita TV Terbaik, wartawan TV3, Mohd Ishak
Abdillah Berjaya mendapat tempat pertama (RM1500), kedua dimenangi oleh
wartawan TV Bernama, Wan Affandi Wan Mahadi (RM1000) dan ketiga wartawan RTM,
Taufik Adanan (RM750).
Berita Sukan Terbaik dimemangi oleh wartawan Kosmo!, Manirah
Othman (RM1500), kedua wartawan Berita Harian, Baharom Che Bakar (RM1000) dan ketiga
wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Hussain (RM750).
Bagi kategori Penulisan Berita Terbaik, wartawan Berita
Harian, Ahmad Rabiul Zulkifli mendapat tempat pertama dengan membawa pulang
wang tunai RM1500, kedua wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Hussain (RM1000) dan
ketiga wartawan Utusan Malaysia, Wan Zulkifli Wan Yaakob (RM750).
Wartawan Utusan Malaysia, Adnan Mohamad berjaya mendapat
tempat pertama bagi kategori Berita Pendidikan Terbaik dengan membawa pulang
wang tunai RM1500, kedua wartawan Sinar harian, Raiham Sanusi (RM1000) dan
ketiga wartawan Utusan Malaysia Siti Airunnissa Alaui.
Bagi Penulisan Berita Ekonomi Terbaik, wartawan Kosmo!,
Nadzarul Amir Zainal Azam mendapat tempat pertama (RM1500), kedua wartawan Berita
Harian, Aznida Alias (RM1000) dan ketiga wartawan Utusan Malaysia, Siti
Airunnissa Alaui.
Wartawan Kosmo!, Nadzarul Amir turut mendapat tempat pertama
bagi kategori Penulisan Rencana Tarbaik,
kedua wartawan Sinar Harian, Rahayu Mustaffa dan ketiga wartawan Bernama, Nur
Fazlizai Ali.
Bagi Laporan Khas TV Terbaik, wartawan RTM, Norazilla Md
Sani berkaya merangkul hadiah wang tunai RM1500 manakala DJ Terengganu FM, Rizalmi Muhammad mendapat
anugerah khas DJ terbaik.
Aktivis teater tempatan, Syed Muhamad Nor Tuang Long atau
lebih dikenali dengan SM Noor menerima Anugerah Khas Presiden.
Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri
Terengganu, YB Tuan Haji Zubir Embong dan Pengerusi Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Encik J.Hunter
Farris. Turut hadir ialah Presiden Kelab Wartawan Terengganu, Sdr.Ayob Mamat.
Kira-kira 300 tetamu terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli -ahli
Dewan Undangan Negeri, ketua jabatan dan ahli Kelab Wartawan Terengganu hadir
pada majlis yang penuh gemilang itu.