Isnin, 22 Februari 2010

KAWAT ZIARAHI MP KUALA NERUS

Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr Ayob Mamat menziarahi Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri di 7AB Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam. (21 Feb 2010).

Pucuk kepimpinan Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) yang baharu dipilih dalam mesyuarat agung Sabtu lalu bersama beberapa ahli telah menziarahi Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri yang dirawat di Wad Bunga Raya Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Selain Presiden, Ayob Mamat, mereka yang lain ialah Haji Ahmad Redzal Arshad (Timbalan Presiden), Hajjah Hashimah Mohd, Shuhaimi Ahmad dan Mohd Yassin Embong yang kesemuanya adalah Exco KAWAT.

Ahli-ahli KAWAT yang turut menyertai lawatan itu ialah Ruslan Abdul Rahman, Shahrom Bakar, Tuan Azam Tuan Johan, Arjasneh Ahmad dan Mi Astro Awani.

Kepimpinan KAWAT telah meluangkan masa beberapa minit untuk bertanya khabar YA Datuk Mohd Nasir yang hanya mengalami batuk dan sedikit jangkitan kuman.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus kelihatan ceria dan mesra di samping isterinya, To' Puan Hajah Sabariah dan sentiasa tersenyum menerima kunjungan tetamu termasuk rakan-rakan media.

Presiden dan ahli Kawat mendoakan semoga Dato' Mohd Nasir cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. -mismat-

Sabtu, 20 Februari 2010

Mesyuarat Agung Kawat Lancar

Barisan baru Ahli Exco Kawat yang diketuai oleh Presiden Ayob Mamat. -mismat-

Presiden menyampaikan cenderahati kepada YB Ustaz Khazan kerana sudi merasmikan Mesyuarat Agung Kawat. -mismat-


Perbincangan serius antara Presiden dengan Timbalan Presiden sebelum pengundian dijalankan. -mismat-

YB Ustaz Khazan ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Kawat. -mismat-

Presiden, Sdr Ayob ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Kawat di Hotel YT Mid Town. -mismat-

Sebahagian ahli Kawat yang hadir pada Mesyuarat Agung Kawat di Hotel YT Mid Town. -mismat-

Suasana ketika mengira undi pencalonan AJK Kawat. -mismat-

Pengerusi mesyuarat Mesyuarat Agung Kawat, Tuan Haji Mohamad Ishak mempengerusikan mesyuarat yang diadakan di Hotel YT Mid Town. -mismat-

Presiden menyaksikan penyerahan tugas Setiausaha Kawat daripada Aida Abdul Rahman kepada Setiausaha Kawat yang baru, Rosamiza Omar. -mismat-

Khamis, 18 Februari 2010

KERJA DI MANA SAHAJA DEMI KAWAT

KERJA DI MANA-MANA ... Pemimpin KAWAT boleh bekerja di mana sahaja. kelihatan Presiden KAWAT menyiapkan kertas kerja di sebuah kedai makan di sekitar bandaraya Kuala Terengganu

Presiden KAWAT, Ayob Mamatbersama Setiausaha, Aida Abdul Rahman dan Exco Kawat, Hajjah Hashimah Mohamad berbincang di sebuah restoran di Kuala Terengganu.

Pemimpin KAWAT bekerja di mana sahaja tanpa mengira waktu dan tempat. Apa yang pasti, setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur dan mencapai kejayaan.

Itulah yang dilakukan barisan kepimpinan KAWAT bagi memastikan kelab ini terus berjaya dengan pelbagai acara dan aktivitinya.

Syabas kepada semua pemimpin KAWAT.

KAWAT BANTU MASYARAKAT

AMBIL BERAT ... Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri (baju kuning), ADUN Tepuh, YB Ustaz Mohd Ramli Nuh (tengah) dan Presiden KAWAT, Ayob Mamat bertanya khabar mengenai kesihatan adik Mohd Akhil.

  • TERIMALAH ... YB Dato' Mohd Nasir menyampaikan sumbangan bagi pihak KAWAT kepada adik Mohd Akhil. Beliau dan YB Ustaz Mohd Ramli turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada kanak-kanak itu.

Jika selama ini wartawan hanya bertugas sebagai melaporkan berita mengenai penderitaan golongan tidak bernasib baik, namun keadaan itu ternyata telah berubah.

Baru-baru ini misalnya, Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) telah mengunjungi adik Mohd Akhil Azrul, 4 tahun yang mengidap penyakit saluran pernafasan sempit dan ketiadaan dagu di rumahnya di Kapung Gong Badak, Kuala Terengganu.

Pada kunjungan itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri telah menyampaikan sumbangan daripada KAWAT berupa wang tunai dan hamper kepada keluar kanak-kanak itu.

Rombongan KAWAT diketuai Presidennya, Ayob Mamat, Timbalan Presiden, Haji Ahmad Redzal Arshad dan bebrapa Exco KAWAT.

Ini adalah program kebajikan KAWAT yang akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengeratkan hubungan antara media dengan masyarakat setempat.

Kebetulan bapa kanak-kanak itu juga adalah ahli KAWAT dan bertugas di Terengganu FM.

Rabu, 10 Februari 2010

Mesyuarat Agung Kawat 20 Februari



Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) akan mengadakan mesyuarat agung tahunan kelab itu pada Sabtu 20 Februari 2010 ini.

Setiausaha Kawat, Puan Aida Abd Rahman memberitahu, mesyuarat yang diadakan pada jam 10 pagi di Hotel YT Midtown akan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, YB Ustaz Khazan Che Mat.

Katanya, mesyuarat agung pada kali ini amat penting kerana pemilihan exco Kawat yang baru dan beliau berharap ramai ahli dapat hadir bagi menentukan pucuk kepimpinan KAWAT dan seterusnya membawa hala tuju Kawat ke arah yang lebih mantap dan disegani. -mismat-