Khamis, 29 Ogos 2013

AKKEM 2013 DITANGGUHKAN


Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil (AKKEM) 2013 yang sepatutnya berlangsung pada 4 September ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal.

Majlis yang diadakan di TH Hotel, Gong Badak, Kuala Terengganu itu sepatutnya dirasmikan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Kawat akan mendapatkan tarikh baharu mengenai AKKEM dalam waktu terdekat apabila beberapa perkara berbangkit dalam diselesaikan pihak urusetia.

Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat berkata, AKKEM kali ini akan diadakan dengan lebih meriah melalui beberapa perubahan konsep persembahan dan lain-lain.


AYOB DIBENARKAN KELUAR WAD


Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat yang menerima rawatan di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) telah dibenarkan pulang semalam (28 Ogos) selepas menerima rawatan selama tiga hari akibat masalah tekanan darah tidak stabil.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kenalan, rakan media dan sesiapa jua yang telah menziarahi dan mendoakan beliau.

Beliau dinasihatkan agar berehat secukupnya sebelum dibenarkan kembali bertugas.

Rabu, 21 Ogos 2013

AKKEM 4 September depan













ANUGERAH Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2013 (AKKEM) akan diadakan   di TH Hotel, Gong Badak pada 4 September depan.
Anugerah berprestij itu akan disampaikan oleh Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh dan dijangka 200 tetamu hadir pada malam penuh gemilang itu.
Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr.Ayob Mamat menjelaskan perkara itu pada mesyuarat jawatankuasa kali ke tiga Kawat di Pusat Media Kawat pada 5 Ogos 2013 baru-baru ini.
Katanya, AKKEM 2013 bertemakan Aidilfitri dan sehubungan itu beliau meminta semua tetamu mengenakan pakaian hari raya bagi memeriahkan malam itu.
Selain membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Kawat pada mesyuarat itu, ahli jawatankuasa juga menerima `habuan' hari raya daripada Sdr.Ayob Mamat dan menikmati hidangan berbuka puasa.