Jumaat, 8 November 2013

Tahlil Untuk Arwah Mokhsin













Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) mengadakan majlis tahlil untuk ahli Kawat yang juga petugas Bernama Terengganu , Sdr. Mokhsin Bakhari di rumah arwah di Kampung Teluk Ketapang pada 7 November 2013 lalu.

Arwah meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di atas Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada 24 Oktober 2013 lalu dan beliau meninggal di tempat kejadian selepas dilanggar oleh van syarikat penghantaran ekspres.

Kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ahli Kawat, penduduk kampung dan rakan arwah Mokhsin hadir pada majlis itu. Turut hadir ialah Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat.

Pada majlis itu, Kawat diwakili Pengarah Kebajikan Kawat, Hajah Shima Mohamad menyampaikan sumbangan kepada balu arwah, Puan Noriah Sultan Bee.

Bincang Program Untuk Ahli













Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) bagi penggal 2012/14 kali keempat yang diadakan di Pusat Media Kawat pada 6 November 2013 yang lalu membincangkan pelbagai program yang akan diadakan pada akhir tahun ini dan awal tahun depan.

Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat ketika mempengerusikan mesyuarat mencadangkan diadakan Malam Keluarga Kawat yang bertemakan `Yang Penting Happy' pada pertengahan Disember depan.

Katanya, pada tahun ini, acara berbentuk kekeluargaan agak kurang diadakan dan kesempatan serta dengan kewangan yang mencukupi membolehkan kelab mengadakan program itu.

Pada mesyuarat itu, Sdr.Ayob turut mengumumkan pembubaran biro-biro bertujuan penambahbaikkan dengan menggantikannya dengan jawatan pengarah.

Mesyuarat turut mengadakan `post mortem' Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil  yang diadakan pada bulan lalu. Ia bertujuan mengenalpasti beberapa kekurangan dan kesilapan yang dilakukan pada majlis tersebut dan menjadi panduan untuk majlis akan datang.