Selasa, 18 November 2008

LAWATAN KE INDONESIA BERJAYA



Antara peserta bergambar bersama dengan Ketua Pengarang Agensi Berita Nasional Indonesia (Antara), Bapak Saidul Hadi (kanan) di Wisma Antara, Jakarta

SEDAP ... Peserta menikmati jamuan nasi padang yang popular di ibu kota Jakarta

KENANGAN ... Peserta bergambar di depan hotel Qualiti, Jakarta sebelum berlepas pulang ke tanahair

DIRAIKAN ... Peserta turut diraikan Kelompok Informasi Masyarakat (KIM) Kampung Binong Jadi di Bandung.


JAKARTA, -- Kerajaan Terengganu akan mengadakan kerjasama dengan Agensi Berita Indonesia (ANTARA) bagi menghantar kakitangannya menjalani latihan di agensi berkenaan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata program menghantar wartawan dan jurugambar dari Unit Komunikasi Negeri (UKOM) itu, penting bagi menambahkan kemahiran petugas unit itu, yang merupakan agensi penerangan bagi kerajaan Terengganu.

Beliau berkata dengan menjalani latihan tersebut, kerajaan berharap petugas UKOM dapat melaksanakan tugas dengan berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat.

"Kita akan memilih beberapa wartawan dan jurugambar dari Unit Komunikasi Negeri bagi menjalani latihan di Agensi Berita Indonesia ini bagi tempoh antara satu dan dua minggu.

"Banyak yang boleh dipelajari oleh wartawan dan jurugambar UKOM apabila berpeluang menjalani latihan di ANTARA yang merupakan salah sebuah agensi berita yang sudah terkenal di rantau ini," katanya.

Beliau mengetuai rombongan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan (JKPKP) Terengganu, mengadakan lawatan sambil belajar selama empat hari ke Bandung dan Jakarta, Indonesia yang berakhir semalam.

JKPKP Terengganu terdiri daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan iaitu Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Pada hari pertama,Khamis, rombongan JKPKP Terengganu mengadakan perjumpaan dengan Kelompok Informasi Masyarakat (KIM) Kampung Binong Jadi di Bandung.JKPKP Terengganu juga telah mengadakan lawatan ke Stesen Televisyen Republik Indonesia (TVRI) dan ANTARA.

Seramai lapan ahli Kawat menyertai lawatan tersebut.

Khamis, 13 November 2008

LAPAN AHLI KAWAT SERTAI LAWATAN KE INDONESIA

Puan Hajjah Halimahton Hamza
Elmi Rizal Elias

Ustaz Adli Kesah

Rida Suzilawati Muda

Tuan Azam Tuan Johan

JAKARTA: Lapan ahli Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) bersama bersama 17 yang lain tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno-Hatta di sini pagi ini untuk menyertai lawatan sambil belajar selama empat hari.

Mereka ialah Presiden Kawat, Ayob Mamat, Haji Redzal Arshad (Timbalan Presiden), Puan Halimahton Hamza (Exco Kawat/Pengerusi Biro Latihan dan Lawatan), Elmi Rizal Elias (Exco), Adli Kesah (Exco), Rida Suzilawati Muda (Ahli), Iskandar (Ahli) dan Tuan Azam Tuan Johan (Ahli).

Kesemua mereka mengikuti lawatan yang dianjurkan Jawatankuasa Penerangan Jabatan Penerangan Terengganu dan ditaja kerajaan negeri.

Rombongan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Ustaz Khazan Che Mat itu akan berlepas ke Bandung dengan menaiki bas sebaik tiba di Jakarta untuk mengadakan pertemuan dengan Persatuan Wartawan di sana.

Selepas satu malam di Bandung, Rombongan akan kembali ke Jakarta untuk mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di Televisi Republik Indonesia (TVRI) dan Agensi Berita Nasional Indonesia (Antara).

Lawatan itu antara lain bertujuan bagi bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu berkaitan kepentingan media.

Mereka akan kembali ke tanah air petang Ahad ini.




Rabu, 5 November 2008

BOLING MEDIA BERSAMA KEMAS PARLIMEN KUALA TERENGGANU

BERSEDIA ... Penolong Setiausaha Kawat, Rita bersedia dengan balingan

APA MACAM! ... Aksi pasukan Kawat, dari kiri, Haji Redzal Arhad (Timbalan Presiden Kawat), Kamal Ariffin (Exco Kawat/NST) dan Abdul Hadi (Penerangan) menunjukkan aksi pemain boling yang hebat.

TUNJUK LAGAK ... Kamal Ariffin ketika mahu membuat balingan

SERIUS ... Pemain yang bersungguh. Jurugambar Bernama, Arjasneh siap pakai sarung tangan tu. Fuh, hebat!.


KENANGAN ... Warga media Terengganu bergambar dengan pegawai Kemas Kuala Terengganu selepas Kejohanan Boling Media-Kemas di Stadium Tuanku Mizan, Kuala Terengganu

MALU KE? .... Setiausaha Kawat, Aida Abdul Rahman bersama tunangnya tersayang sebagai pemberi semangat.

KUALA TERENGGANU: Kejohanan Boling Kemas Perlimen Kuala Terengganu dengan Media yang berlangsung di gelanggang boling Stadium Tuanku Mizan Gong Badak, malam tadi (4 November 2008) amat meriah.

Kesemuanya bersaing menunjukkan bakat masing-masing dalam pertarungan yang dianggap sengit.

Turut beraksi ialah Pegawai Kemas Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Marzuki Salleh dan beberapa pegawai kanan Kemas.

Kejohanan itu dimenangi pasukan RTM yang berjaya membuat 1,257 jatuhan pin. Ia diikuti pasukan Unit Komunikasi Negeri (UKOM) yang menjatuhkan 1,216 pin dan ketiga dimenangi pasukan Bernama yang membuat 1,173 jatuhan pin.

Kejohanan itu antara lain bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara Kemas Parlimen Kuala Terengganu dengan warga media di negeri ini.