Selasa, 18 November 2008

LAWATAN KE INDONESIA BERJAYA



Antara peserta bergambar bersama dengan Ketua Pengarang Agensi Berita Nasional Indonesia (Antara), Bapak Saidul Hadi (kanan) di Wisma Antara, Jakarta

SEDAP ... Peserta menikmati jamuan nasi padang yang popular di ibu kota Jakarta

KENANGAN ... Peserta bergambar di depan hotel Qualiti, Jakarta sebelum berlepas pulang ke tanahair

DIRAIKAN ... Peserta turut diraikan Kelompok Informasi Masyarakat (KIM) Kampung Binong Jadi di Bandung.


JAKARTA, -- Kerajaan Terengganu akan mengadakan kerjasama dengan Agensi Berita Indonesia (ANTARA) bagi menghantar kakitangannya menjalani latihan di agensi berkenaan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata program menghantar wartawan dan jurugambar dari Unit Komunikasi Negeri (UKOM) itu, penting bagi menambahkan kemahiran petugas unit itu, yang merupakan agensi penerangan bagi kerajaan Terengganu.

Beliau berkata dengan menjalani latihan tersebut, kerajaan berharap petugas UKOM dapat melaksanakan tugas dengan berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat.

"Kita akan memilih beberapa wartawan dan jurugambar dari Unit Komunikasi Negeri bagi menjalani latihan di Agensi Berita Indonesia ini bagi tempoh antara satu dan dua minggu.

"Banyak yang boleh dipelajari oleh wartawan dan jurugambar UKOM apabila berpeluang menjalani latihan di ANTARA yang merupakan salah sebuah agensi berita yang sudah terkenal di rantau ini," katanya.

Beliau mengetuai rombongan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan (JKPKP) Terengganu, mengadakan lawatan sambil belajar selama empat hari ke Bandung dan Jakarta, Indonesia yang berakhir semalam.

JKPKP Terengganu terdiri daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan iaitu Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Pada hari pertama,Khamis, rombongan JKPKP Terengganu mengadakan perjumpaan dengan Kelompok Informasi Masyarakat (KIM) Kampung Binong Jadi di Bandung.JKPKP Terengganu juga telah mengadakan lawatan ke Stesen Televisyen Republik Indonesia (TVRI) dan ANTARA.

Seramai lapan ahli Kawat menyertai lawatan tersebut.

1 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

melayu ni tuan rumah tapi orang lain yang kutip sewa... tuan rumah kena tipu dan kena buli... terus papa kedana. ataupun sebagai tuan kebun getah dimana kuli yang toreh kaya raya sebab tuan kebun tak tahu apa yang ku li dia buat. maknanya tuan tak smart lah.

melayu ni asal yunan betul tetapi bercampur dengan orang asli melayu proto dan melayu negrito. tengoklah biologi kita dan perangai kita yang susah nak faham macam orang asli kan?

orang melayu ni tak nak jadi tuan tapi sanggup jilat dap. tak mau deb sebab liberalisasi dan reformasi. tak mau bahsa melayu sebab global. tak ngaku melayu dan tak bantu atau sokong bangsanya sendiri sebab kononnya perpaduan. itulah melayu yang kayakan orang lain dan tak sokong kedai bangsanya.tak sokong bos melayu tapi sanggup mati kerana taukeh cina atau india.pas pulak nak buat islam dengan dap. ketuanan rakyat tu... belum tentu melayu jadi tuan... macam singapura lah tu.

itulah melayu yang pelik dan ajaib perangainya... tak pernah bersatu dan sokong melayu sendiri... gilakan psikologi kita... devian namanya dalam psikologi. jiwa hamba atau tiada keyakinan diri. melayu kaya dan pandai dah jadi mat salleh dan tak ngaku melayu dah.. cakap, makan dan hidup cara mat salleh.

pelik melayu ni.

November 29, 2008 4:46 AM