Jumaat, 30 Mac 2012

Kawat Sertai Program Petronas Bersama Blogger Di KL

Petronas sekali lagi memberikan penghargaan kepada media (termasuk bloger) untuk menyertai acara baharu mereka seperti Program Pertemuan Petronas Bersama Bloger yang berlangsung di Hotel Impiana, Kuala Lumpur.

Presiden Kawat, Saudara Ayob Mamat dan Shahrom Bakar telah mewakili kelab pada program tersebut yang menyaksikan beberapa rakan media dari Kelantan dan Pahang turut menyertainya.

Saudara Shahrom Bakar bagaimanapun tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Program dua hari itu dipenuhi dengan acara santai iaitu lawatan ke Menara Berkembar Petronas dan sesi minum petang bersama Naib Presiden Petronas, Datuk Medan.

Saudara Ayob Mamat telah mengambil peluang itu untuk memaklumkan kepada Datuk Medan mengenai perkembangan Kawat dan mencadangkan beberapa perkara yang berkaitan kerjasama Kawat dengan Petronas.

Beliau telah memberikan respon yang baik terhadap pandangan tersebut.

Boling: MTD Pelawa Kawat

Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) semakin mendapat perhatian pelbagai pihak yang menganjurkan pelbagai aktiviti bersama kelab media paling aktif itu.

Terbaharu, Kawat menerima undangan daripada syarikat MTD berhad, iaitu sebuah syarikat konsesi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) untuk mengadakan perlawanan boling persahabatan.

Perlawanan berlangsung di Pusat Boling TER's, Kuala Ibai yang berlangsung dengan meriahnya.

Setiausaha Kawat, Saudara Rosamiza Omar ketika berucap pada majlis itu berkata, Kawat gembira kerana sentiasa dapat menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak dari seluruh negara.

Katanya, perlawanan boling itu ternyata dapat merapatkan hubungan antara syarikat MTD dengan media, khususnya Kawat.

Kawat kalahkan PDRM 2-1

Alhamdulillah, pasukan Kawat berjaya menewaskan PDRM pada perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung di padang IPD Kuala Terengganu baru-baru ini.

Perlawanan pada sebelah petang itu ternyata memihak kepada Kawat apabila mereka melakukan asakan bertubi-tubi ke kubu lawan.

Kememangan 2-1 ke atas PDRM adalah misi membalas dendam selepas kawat tewas 2-4 pada perlawanan di galanggang yang sama pada sebelum ini.

Perlawanan persahabatan itu juga adalah sebahagian daripada latihan Kawat bagi menyertai Karival Sukan Media Pantai Timur tidak lama lagi.

Presiden Kawat Semakin Sihat


Adalah dimaklumlah bahawa Presiden Kawat, Ayob Mamat telah pun dibenarkan keluar dari wad Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Beliau dilaporkan semakin sihat dan dapat menjalani tugas seperti biasa. Saudara Ayob merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli, rakan-rakan dan semua pihak yang telah mendoakan kesihatannya dan menziarahinya ketika berada di HSNZ.

Terima kasih.