Sabtu, 6 November 2010

MURALI TERIMA KUNJUNGAN PRESIDEN KAWAT SEMPENA DEEPAVALI

Sdr Ayob Mamat (baju biru) ketika mengunjungi RSN Murali sempena Deepavali di Seremban, Negeri Sembilan semalam (Jumaat)
Walaupun Ketua Biro The Star, RSN Murali adalah satu-satunya ahli KAWAT yang meraikan Deepavali, namun ia tetap diraikan oleh pemimpin kelab itu.

Semalam, Presiden KAWAT, Sdr Ayob Mamat telah mengunjungi keluarga RSN Murali di Bandar Seremban, Negeri Sembilan bagi mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali daripada rakan-rakan media di Terengganu.

Bersama Presiden ialah bekas Exco KAWAT yang kini telah bertugas di Kosmo! Kuala Lumpur, Sdr Haradian Shah Hamdan.

Mereka meluangkan masa lebih sejam untuk bertanya khabar dan mendengar pelbagai cerita mengenai Negeri Sembilan dan sambutan Deepavali di sana.

“Bagi KAWAT, setiap ahli adalah penting dan kerana itu kami sentiasa meraikan ahli kami dalam apa jua keadaan selain mengutamakan kebajikan mereka.

“Inilah yang dilaksanakan KAWAT sekarang kerana saya percaya dengan cara ini hubungan kita pasti bertambah rapat,” ujar Sdr Ayob.

Presiden turut menyampaikan duit raya daripada KAWAT kepada anak-anak RSN Murali.