Rabu, 21 Oktober 2009

YB Razif Rai Ahli Kawat


YB Razif menyampaikan hamper kepada jurugambar Utusan Malaysia, Azlan Baharom.

Y B Razif bersama warga media menikmati hidangan.

Ahli Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Razif Abdul Rahman telah meluangkan masa meraikan media pada Majlis Aidilfitri Bersama Media di Primula Beach Resort baru-baru ini.

Kira-kira 30 wartawan dan jurgambar media hadir pada majlis yang diadakan di tingkat paling tinggi di resort itu dan tetamu dijamu dengan pelbagai juadah seperti laksa Terengganu, lemang, rendang, nasi bhukari dan pelbagai aneka kuih dan biskut.

Selepas menikmati hidangan, YB Razif turut menyampaikan cenderhati berupa hamper kepada semua warga media yang hadih.

Kawat merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Razif Abdul Rahman di atas kesudian beliau itu. -mismat-