Isnin, 30 Julai 2012

AJK Kawat, Ketua Biro Terima Habuan Raya

 Tuan Setiausaha menerima duit raya
 Serius ketika bermesyuarat.
 AJK sedang memikirkan bagaimana untuk menambah pendapatan Kawat.
 AJK Kawat dan Ketua Biro Sinar Harian.
 Shaq TV3, Sharom Astro Awani, Sharifah Bernama dan Khairul Harakah turut hadir.
 AJK yang sentiasa memberi komitmen terhadap kelab.
 Agenda mesyuarat AJK Kawat.
 Khairul Harakah terima habuan raya.
 Aida Ukom gembira duit raya.

 Duit raya kepada rakan yang sentiasa memberi kerjasama.
 Terima kasih daripada Boss Sinar Terengganu, Ayu.
 Hadiah buat Ketua Biro Star.
 Duit raya untuk Ketua Biro Bernama yang akan bercuti panjang tidak lama lagi.
Bendahari yang sentiasa murah hati membentangkan penyata kewangan.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) menerima duit raya pada mesyuarat AJK dan majlis berbuka puasa di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu pada 26 Julai 2012 lalu.

Duit raya itu disampaikan oleh Presiden Kawat, Ayob Mamat dan turut menerima habuan itu ialah ketua-ketua biro yang sentiasa memberi komitmen kepada kelab.

Pada mesyuarat itu, turut membincangkan program terdekat yang akan dianjurkan oleh Kawat tidak lama lagi. Antaranya ialah Anugerah Kewartawanan Kawat Exxonmobil dan Pesta Sukan Media- Petronas yang akan diadakan pada pertengahan September depan.
 

Rabu, 25 Julai 2012

PENYERTAAN AKKEM KINI DIBUKA

ExxonMobil mengekalkan tajaan sebanyak RM70,000 tahun ini.

Penyertaan Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil (AKKEM) 2012 kini telah dibuka. 

Sehubungan itu, ahli Kawat digesa agar segera menghantarkan penyertaan mereka dengan mendapatkan borang penyertaan melalui pejabat masing-masing dan melalui Setiausaha Kawat, Rosamiza Omar.

Memandangkan tarikh penyampaian hadiah dicadangkan pada 8 atau 10 September 2012, maka tarikh tutup penyertaan AKKEM dipercepatkan iaitu 5 Ogos 2012.

Kerjasama daripada semua ahli mengenai perkara tersebut adalah dihargai dan disanjung tinggi.


PERBINCANGAN SANTAI YANG SERIUS

SANTAI TETAPI SERIUS ... Kepimpinan Kawat mendengar penerangan daripada Saudara Faizal, pegawai kanan Petronas mengenai penganjuran Karnival Sukan Media-Petronas 2012 yang bakal diadakan pada September nanti.

Banyak perkara telah diperhalusi melalui perbincangan ini dan Kawat sangat teruja dengan kesudian Petronas untuk melulus penajaan lebih RM100,000 bagi menjayakan program yang pertama kali pernah diadakan itu.

Satu mesyuarat khas yang melibatkan Kawat, Kelab Media Pahang dan Kelab Media Darul Naim, Kelantan akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan dengan lebih lanjuit mengenai program yang dirancangkan itu.

KAWAT DUDUKI J/K MAJLIS PERUNDINGAN NGO TRG

Kawat diberikan pengiktirafan menyertai Majlis Perundingan NGO Terengganu

Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) sekali lagi diberikan pengiktirafan apabila dipilih menduduki Jawatankuasa Majlis Perundingan NGO Terengganu.

Tiga wakil KAWAT yang terpilih ialah Presidennya, Ayob Mamat, Timbalan Presiden, Haji Ahmad Redza Haj Arshad dan Exco Kawat, Mohd Lazim Endut.

Kawat telah memainkan peranannya secara aktif melalui majlis tersebut bagi menyalurkan apa jua pandangan serta idea mengenai pelbagai isu-isu berkaitan.

Selain Majlis Perundingan NGO, Kawat sebelum ini telah dilantik untuk menduduki dalam pelbagai jawatankuasa lain melibatkan banyak pihak.


KAWAT SERTAI BOLING MEDIA PETRONAS GAS

Rombongan KAWAT menjamu selera di Dungun ketika dalam perjalanan pulang dari menyertai kejohanan boling media di Kerteh.

Buat pertama kali Petronas Gas telah menganjurkan Kejohanan Boling antara media Terengganu dan Pahang yang berlangsung di Mesra Mall, Kerteh.

Program tersebut disertai lebih 30 peserta dari KAWAT dan 30 wakil Kelab Media Pahang selain wakil Petronas Gas.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Hasnan Wan Abdullah dan beberapa pegawai kanan yang lain.

Ia bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak-pihak berkenaan.

Turut diadakan adalah hadian cabutan bertuah.

Sebelum ini, Petronas Gas hanya menganjurkan kejohanan boling media melibatkan negeri masing-masing.

JUMPA DATUK SERI UTAMA DR RAIS YATIM

Presiden Kawat, Ayob Mamat dan Exco Kawat, Suhaimi Ahmad turut mengiringi YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

YB Menteri berada sehari di Terengganu dalam rangka lawatan kerja sehari beliau ke sini.

Pada lawatan tersebut, beliau turut menemui rakan-rakan media dan bloger bagi bertukar-tukar pandangan.

KAWAT TURUT ANJUR SIDANG MEJA BULAT MENGENAI BAHASA MELAYU

Presiden Kawat, Ayob Mamat bersama sebahagian peserta Persidangan Meja Bulat Mengenai Pencemaran Bahasa yang diadakan di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

 Sebahagian peserta yang mengambil bahagian.

Sebagai tanggungjawab dalam memartabatkan bahasa Melayu, Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) bersama beberapa NGO lain berganding bahu menganjurkan Persidangan Meja Bulat Mengenai Pencemaran Bahasa yang diadakan di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Program yang dianjurkan bersama Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) dan Gagasan Terengganu itu telah dirasmikan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Haji Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri.

Lebih 30 orang peserta menyertai program setengah hari itu yang terdiri daripada pakar-pakar bahasa serta mereka yang cintakan bahasa Melayu.

Mereka telah merumuskan banyak perkara dan resolusi yang diputuskan pada persidangan itu akan diserahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.




KAWAT Tuan Rumah Karvinal Sukan Media-Petronas 2012

Exco KAWAT sedang mengadakan perbincangan dengan pegawai Petronas di Kompleks Petronas, Kerteh.

Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) bakal menjadi tuan rumah Karnival Sukan Media-Petronas Pantai Timur yang dijadual berlangsung pada September ini.

Program yang pertama kali dianjurkan oleh KAWAT itu telah mendapat tajaan daripada syarikat minyak Petronas yang telah pun meluluskan permohonan KAWAT bagi tujuan tersebut.

Beberapa kategori sukan akan dipertandingan termasuk badminton, boling, futsal, ping pong dan golf.

Program tersebut antara lain bertujuan bagi memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silatirrahim antara pengamal media di tiga negeri tersebut dengan Petronas.

Perbincangan mengenai perkara tersebut telah diadakan di Kerteh baru-baru ini.

WAKIL KAWAT KE BANDUNG

Presiden Kawat, Ayob Mamat (Berbaju merah) dan AJK Kawat, Mohd Lazim Endut (Tiga dari kanan) menerima cenderahati dari penggerak budaya Bandung, Indonesia.

Presiden KAWAT, Ayob Mamat dan seorang AJK Kawat, Mohd Lazim Endut telah menyertai Program Penataraan Budaya ke Kota Bandung, Indonesia baru-baru ini.

Pada kunjungan tersebut, mereka menemui beberapa tokoh budaya dan pengamal media Indonesia untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai perkara.

Jelas sekali, mereka sangat teruja dengan pertemuan tersebut dan KAWAT telah menjadi sebuah kelab media yang menjadi sebutan oleh mereka.

KAWAT akan terus berusaha untuk mempromosikan kelab itu dengan lebih agresif lagi pada masa akan datang.