Rabu, 26 Disember 2012

Ayob Kekal Presiden
























WARTAWAN TV Al Hijrah Terengganu, Sdr.Ayob Mamat kekal menerajui Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) bagi penggal ke lima setelah dipilih sebulat suara sebagai presiden oleh ahli kelab itu pada pemilihan jawatankuasa kerja penggal 2012/14 sempena mesyuarat agung Kawat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu pada 24 Disember 2012 baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam (Media) Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu, Tuan Haji Ahmad Redza Arshad pula dipilih bagi penggal kedua sebagai Timbalan Presiden Kawat sebulat suara oleh ahli yang hadir pada mesyuarat itu.

Lapan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dipilih oleh ahli mesyuarat pula ialah Aida Abdul Rahman (Unit Komunikasi Negeri Terengganu), Shuhaimi Ahmad (Cawangan Media Jabatan Penerangan Negeri Terengganu), Baharom Che Bakar (Berita Harian), Hajah Hashimah Mohd (NSTP), Lew I-Ling (China Press), Mohd Ishak Ngah (TV3), Mohd Lazim Endut (Penulis bebas) dan Suhaila Mohd Daud (RTM).

Dua pemeriksa kira-kira ialah Nurul Huda Hussin (Sinar Harian) dan Manirah Othman (Kosmo!)

Seratus ahli Kawat yang terdiri daripada pengamal media hadir pada mesyuarat itu walaupun ketika itu Terengganu dilanda hujan lebat dan banjir besar.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri merasmikan mesyuarat itu dan meluluskan peruntukkan RM5,000 untuk akitiviti Kawat. -shuhaimi-


Berbakti di Tanjung Balai

 Tukar duit di Jeti Kukup sebelum menaiki feri ke Tanjung Balai.

 Bergambar di Jeti Kukup sebelum menaiki feri ke Tanjung Balai.

 Dalam feri ke Tanjung Balai.

 Dalam feri ke Tanjung Balai.

 Seronok menaiki `bas' kayu ketika bersiar-siar di Tanjung Balai.

 Presiden dan Setiausaha berbincang mengenai lawatan di Hotel ParagomTanjung Balai.

 Taklimat khas Presiden sejurus sampai di hotel di Tanjung Balai.

 Aksi menaiki `bas' kayu Tanjung Balai.

 Tawar menawar ketika membeli cenderamata.

 Membeli beg dengan harga murah di pekan Tanjung Balai.

 Mencuba seluar jeans yang benyak memenuhi ruang kedai di Tanjung Balai.

 Bergaya sebagai pemandu `bas' kayu.

 Suasana di pekan Tanjung Balai.

 Presiden disambut oleh Pengetua Rumah Anak Yatim Darul Taufik.

 Penghuni Rumah Anak Yatim Daril Taufik, Tanjung Balai.

 Presiden ketika menyampaikan ucapan ringkas di Rumah Anak Yatim Darul Taufik.

 Peserta rombongan dan penghuni Rumah Anak Yatim mengaminkan doa.

 Sebahagian barangan keperluan sumbangan Kawat kepada Rumah Anak Yatim Darul Taufik.

 Presiden menyampaikan sumbangan kepada Pengetua Rumah Anak Yatim Darul Taufik.

 Ahli Kawat beramah mesra dengan anak yatim Darul Taufik.

 Presiden dan ahli Kawat beramah mesra dengan anak yatim Darul Taufik.


Menuju ke restoran terapung untuk makan malam.

 Masih tawar menawar walaupun lewat malam.

 Sebahagian peserta rombongan yang seronok menyertai lawatan ke Tanjung Balai.

Suasana ceria peserta rombongan ke Tanjung Balai.


KELAB Wartawan Terengganu (Kawat) mengadakan lawatan ke Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia selama tiga hari bermula 20 Disember 2012 baru-baru ini.

Seramai 31 ahli Kawat termasuk lima pegawai dari Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu mengikuti rombongan yang pertama kali anjuran kelab itu ke Tanjung Balai.

Pada lawatan itu, Kawat sempat meluangkan masa menziarah ke Rumah Anak Yatim Darul Taufik di Tanjung Balai dan rombongan yang diketuai oleh Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat itu menghabiskan masa kira-kira sejam di situ.

Pada kunjungan itu, Kawat menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai kepada pengetua rumah anak yatim itu,  Tuan Haji Affendi Ibrahim. Rumah anak yatim itu menempatkan 140 anak yatim di sekitar daerah Tanjung Balai.

Selain kunjungan itu, peserta rombongan juga berpeluang melawat sekitar bandar Tanjung Balai sambil membeli belah dan merasai makanan padang yang terkenal di situ. -shuhaimi-