Jumaat, 26 Jun 2009

JEMPUTAN

Assalamualaikum semua,

Semua wartawan, DJ dan jurugambar dijemput ke Makan Malam Bersama Media sebagaimana berikut:

29hb Jun 2009 (Isnin): Malam mesra media bersama Celcom Wilayah Timur di Hotel Grand Continantel pukul 8.15 malam. Pelbagai acara telah disusun termasuk cabutan bertuah dan karaoke kepada wartawan.

01hb Julai 2009 (Rabu): Makan malam media bersama Universiti Malaysia Terengganu di D’riyaz Pulau Duyong, pukul 8.15 malam.
Dijemput semua untuk hadir.

Sabtu, 20 Jun 2009

TAHNIAH ALIAS ISMAIL

Salam bloger …

Kawat merakamkan ucapan tahniah kepada seorang ahlinya, Alias Ismail (Stringer Hulu Terengganu) yang telah memenangani Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil 2009 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur Jumaat lalu (19hb Jun 2009). Hadiah telah disampaikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau memenangi hadiah utama bagi kategori cerpen remaja melalui cerpennya berjudul “Delusi” dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta hadiah iringan.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Padang Setebu, Kuala Berang pada 20 Januari 1968 adalah seorang ahli Kawat yang aktif menulis dan sehingga kini telah menghabiskan banyak cerpen dan novel.

Kawat merasa bangga di atas kejayaan itu dan berharap beliau akan terus kekal aktif menulis bukan sahaja dalam bidang seni kreatif tetapi juga non-kreatif.

Tahniah saudara Alias Ismail.

KEMBARA HARTA KARUN KAWAT 2009

Salam bloger …

Kawat sekali lagi akan menganjurkan Kembara Mencari Harta Karun tahun ini yang bertujuan bagi mengutip dana untuk tabung kelab. Pihak kami mungkin akan menggunakan laluan Kuala Terengganu-Kuantan bagi melaksanakan program ini.

Sehingga kini, Kawat telah menerima sedikit sumbangan daripada penaja dan ia diharap akan terus meningkat dalam tempoh terdekat. Kawat mengucapkan terima kasih kepada penyumbang dan orang ramai yang telah menyatakan minat bagi menjayakan program tersebut.

Program ini akan terbuka kepada semua termasuk pengamal media di seluruh negara. Anda perlu mengikuti laman ini sepanjang masa bagi membolehkan anda mengetahui status terkini mengenai penganjuran program ini.

LAWATAN KE SURABAYA MERIAH

Salam bloger …

Sekumpulan 23 orang Exco dan ahli Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) telah mengadakan lawatan ke kota Surabaya, Indonesia pada 29hb Mei hingga 1hb Jun 2009 yang lalu. Lawatan tersebut sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada exco Kawat yang selama ini telah menyumbang tenaga dan usaha bagi mentadbir serta mengurus kelab.

Rombongan terpaksa dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama berlepas pukul 12.20 dari LCCT dan diketuai Bendahari Kawat, Abdul Mubin Ismail, manakala kumpulan kedua yang diketuai Presiden Kawat, Ayob Mamat pula berlepas pada pukul 5.20 petang. Perkara itu berlaku kerana masalah teknikal pada tiket penerbangan. Bagaimanapun mereka berhimpun dan mengadakan aktiviti bersama di Surabaya.

Ternyata, lawatan ini amat meriah dengan mengunjungi beberapa tempat termasuk toko batik Indonesia, Pusat Membeli Belaj Jembatan Merah, Tunjungan dan banyak lagi. Mereka bukan sahaja mengenali lebih dekat mengenai Surabaya tetapi membeli-belah dengan banyaknya.

Ramai juga yang buat lawak dan ditinggalkan di hotel kerana tertinggal. Ada juga yang setiap malam makan maggie sebab kelaparan kerana di sana tak ada kedai tom yam.

Apa pun, terima kasih kepada semua yang menyertai lawatan tersebut.