Khamis, 24 Mac 2011

SELAMAT ULANG TAHUN KAWAT KE-29

KAWAT menyampaikan sumbangan kepada keluarga seorang kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Hari ini, 24 Mac telah genap 29 tahun KAWAT berada di Terengganu. Dalam tempoh itu, KAWAT telah melewati pelbagai ranjau dalam perjalanan hidupnya sehingga terus kekal sebagai sebuah kelab media yang aktif di negara ini.

Sebagai seorang Presiden pada waktu ini, saya sangat gembira dengan sejarah KAWAT dan berdoa supaya KAWAT akan terus hebat selama-lamanya. Kepimpinan KAWAT sentiasa bersilih ganti tetapi KAWAT terus hebat. Inilah kelebihan KAWAT.

Walaupun KAWAT hidup hanya di atas ihsan, bantuan dan sokongan pelbagai pihak tanpa mempunyai sumber pendapatan tetap, namun KAWAT sangat berbangga kerana dapat terus aktif. KAWAT adalah sebuah badan NGO yang majmuk politik dan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak atas kepentingan bersama. Kelebihan KAWAT ialah mempunyai pemimpin yang sangat komited dan ahlinya yang sentiasa menyokong apa yang dirancang.

Di era saya, sejak tujuh tahun lalu, saya telah melakukan yang terbaik untuk KAWAT. Saya mengkaji sejarah KAWAT dan merangka perkara-perkara yang membolehkan KAWAT bergerak dengan sifat semasa. Saya "memanggil" sejarah itu dalam aktiviti KAWAT bagi membolehkan ahli sekarang mengenali atau mengetahui sejarah kelab ini.

Hari ini KAWAT telah dilihat hebat dan kehebatan itu telah diperakui oleh semua rakan media dari seluruh negara. Alhamdulillah.

KAWAT, dalam tempoh 29 tahun bukan sahaja berlegar di kalangan ahli KAWAT dalam melaksanakan aktivitinya, tetapi KAWAT telah juga turun padang membantu pelbagai golongan masyarakat yang memerlukan. Saya berharap, semua ahli akan terus memberikan sokongan kepada KAWAT dan memastikan KAWAT akan terus kekal sebagai kelab media paling aktif di negara ini, isya'Allah - Ayob Mamat, Presiden KAWAT.

Selasa, 22 Mac 2011

BAJU KORPORAT KAWAT

BERIKUT ADALAH SENARAI NAMA AHLI KAWAT YANG BAJU KORPORATNYA TELAH SIAP DAN BOLEH DIAMBIL DARIPADA PRESIDEN KELAB, AYOB MAMAT ATAU SETIAUSAHA KAWAT, ROSAMIZA OMAR.

(nama berdasarkan yang telah dicetak pada baju atas persetujuan ahli)

azlam, nazdy, mohamad, shafei, malek, mohd shis, aziz tv3, abdul hadi tahar, aziz cm, zabidi, rozudin, apandi, sazali, ishak, riduan, mahathir, ahmad R, aswadi, adnan dan mustafa.

irman, kamaruddin, fauzi, md sidek, azamzam, taufiq, chee lean yao, wan mohd rahim, zainuddin, tuan azam, khalid, fauzi baharuddin, ahmad safri, ibrahim, moksin, mohamad, black, amir, hamid, wan, ahmad faizul, arjasneh, azrul dan nordin.

Jumaat, 11 Mac 2011

EXCO KAWAT KUNJUNGI PENGARAH UKOM

Presiden KAWAT, Ayob Mamat menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Shamsuddin Sulong selepas pertemuan KAWAT-UKOM

SERIUS ... Tuan Haji Shamsuddin memberikan perhatian serius terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan KAWAT. Terima kasih UKOM.

JAMU ... Exco KAWAT diraikan dalam majlis ringkas makan tengahari di UKOM.


Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) merasa bangga kerana dapat mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM), Tuan Haji Shamsudin Sulong di Jalan Pejabat baru-baru ini.

Pertemuan selama dua jam itu ternyata telah memboleh kedua-dua pihak mengemukakan pandangan serta idea mengenai pelbagai perkara untuk kepentingan bersama.

Bagi KAWAT, kami sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada UKOM selagi ianya diperlukan sebagaimana yang berlaku sebelum ini. KAWAT bagaimanapun berharap, UKOM dapat membantu dalam konteks menjalinkan hubungan lebih baik dengan kerajaan negeri.

Pendirian itu dinyatakan sendiri oleh Presiden KAWAT, Saudara Ayob Mamat dalam pertemuan tersebut yang dihadiri Exco KAWAT, Timbalan Pengarah UKOM, Ruslan Abdul Rahman dan beberapa pegawai UKOM sendiri.

KAWAT berharap pertemuan rasmi itu tidak akan menjadi yang pertama dan terakhir kerana kedua-dua pihak sebenarnya saling memerlukan.