Rabu, 20 Mac 2013

Duduk Bincang Hal Kelab



M
















                       Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (Kawat)  2012/14 kali ke dua yang diadakan di Pusat Media Kawat pada 17 Mac 2013 baru-baru ini banyak membincangkan perkara yang memberi manfaat kepada ahli.
         Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat berlangsung hampir tiga jam membincangkan beberapa perkara seperto penganjuran Anugerah Kewartawanan Kawat-Exxonmobil  (AKKEM) 2013, perkembangan Koperasi Media, sukan dan pelantikan biro.
         Selain itu, mesyuarat turut dimaklumkan mengenai sagu hati kepada anak ahli yang cemerlang dalam pelajaran iaitu bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang memperoleh CGPA 3.80 ke atas akan menerima RM300, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) RM250, Penilaian Menengah Rendah (PMR) semua A RM200 dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) semua A menerima RM150.
          Pada mesyuarat itu, Presiden mengumumkan pelantikan biro-biro iaitu Biro Sukan    diketuai oleh Sdr.Kamal (NSTP), Hajah Shima NSTP (Kebajikan), Nuru Huda Sinar Harian (Promosi dan Publisiti), Shuhaimi Ahmad (Fotografi dan Dokumentasi), Haji Mohamad Ishak (Wartawan Daerah), Rosamiza Bernama (Projek Khas) dan Keselamatan Pusat Media (Nik Faridza).
         Sdr Ayob juga memaklumkan, penyertaan AKKEM 2013 sudah bermula dan borang penyertaan boleh didapati di Pusat Media Kawat, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan tarikh akhir penghantaran penyertaan ialah pada 30 April 2013.
        
       Sebelum mesyuarat berakhir, beberapa Ahli Jawatankuasa menerima i-Pad 
      daripada Sdr  Ayob. Mereka menerima i-Pad ituk kerana nama tidak disenaraikan
      sebagai penerima i-Pad daripada Pejabat Menteri Besar Terengganu.





Khamis, 7 Mac 2013

Sumbangan Buat Gaza









Simpati dengan penderitaan yang dihadapi oleh masyarakat Palestin, Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) telah menyumbang RM1602.00 untuk membantu mereka.

Sumbangan disampaikan oleh Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat kepada Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof. Dr Yahaya Ibrahim pada majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Canselori, Unisza, Kuala Terengganu pada 6 Mac 2013.

Prof.Dr Yahaya dan empat lagi pegawai kanan Unisza bertolak ke Gaza, Palestin dan Mesir pada  7 Mac 2013 bertujuan mengadakan pertemuan dengan ahli akademik di Gaza dan Mesir selain menandatangani perjanjian persefahaman dengan beberapa universiti di sana.

Pada majlis itu, Sdr Ayob, berkata sumbangan itu adalah hasil derma daripada warga Kawat yang prihatin dan simpati kepada saudara seagama yang ditindas di Gaza.


Kunjungan Pengarah Penerangan






Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT), Puan Hajah Azizah Awang mengunjungi Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu  pada 6 Mac 2013.
Beliau bersama Penolong Pengarah JPNT (Pembangunan Masyarakat dan Perkhidmatan Komunikasi), Encik Mohd Iskandar Jaafar menghabiskan kira sejam di pusat media itu sambil berbincang berkenaan pusat media itu bersama Presiden Kawat, Encik Ayob Mamat
.
Kunjungan itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahhim antara jabatan dan warga media  selain membincangkan hasrat JPNT untuk mewujudkan Pusat Media Pilihan Raya Umum ke 13 di situ.
Hasrat JPNT untuk tujuan itu disambut baik oleh Encik Ayob dan pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan JPNT demi kemudahan petugas media mendapatkan maklumat.