Jumaat, 19 Oktober 2012

Peserta Karnival Daftar Masuk
















 Hampir semua peserta Karnival Sukan Media-Petronas 2012 dari ketiga-tiga negeri di Pantai Timur mendaftar di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu mulai jam 2.00 petang tadi (19 Oktober 2012).

Peserta dari Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) dan peserta tuan rumah Kelab Wartawan Terengganu serta kontinjen Petronas mendaftar lebih awal diikuti kontinjen dari Pahang.

Semua peserta dari Kemudi dan Petronas disambut oleh Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat selaku tuan rumah dan meraikan mereka pada majlis minum petang di hotel tersebut.

Pada sesi pendaftaran, semua peserta diberikan bilik hotel, pakaian sukan dan barangan cenderamata sebagai tanda ingatan kerana menyertai karnival sukan yang pertama kali dianjurkan itu.

Pada malam ini, semua peserta akan diraikan pada majlis makan malam di Hotel YT Midtown yang akan dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato' Wan Hisham Wan Salleh yang juga Timbalan Presiden KOAM. -shuhaimi-

Persiapan Akhir Sukan Media-Petronas














Ahli Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dan wakil Petronas mengadakan perbincangan serta persiapan terakhir bagi menjayakan Karnival Sukan Media-Petronas (KSMP) 2012 di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu pada 18 Oktober 2012.

Kawat  diketuai oleh Presiden, Sdr Ayob Mamat dan ahli jawatankuasa serta petugas karnival manakala Petronas diwakili oleh Eksekutif Petronas, Sdr Zakaria dan Sdr Faizal mengadakan perbincangan terakhir bagi memastikan karnival yang akan diadakan selama dua hari bermula 19 Oktober 2012 itu berjalan dengan lancar.

KSMP 2012  anjuran  Petronas dan Kawat dengan kerjasama Kelab Media Pahang (KMP) dan Kelab Media Darul Naim (Kemudi) yang julung kali diadakan akan menyaksikan kehebatan serta aksi pemain-pemain yang terdiri daripada warga media di Pantai Timur.

Empat acara akan dipertandingkan iaitu futsal, badminton, boling dan ping pong dan acara badminton, boling dan ping pong akan diadakan di Ter, Kuala Ibai manakala futsal akan berlangsung di Uptown, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.

Semua peserta akan mendaftar dan menginap di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu bermula jam 2 petang (19 Oktober 2012) dan acara seterusnya ialah jamuan makan malam yang akan diadakan di Hotel YT Midtown.

Jamuan makan malam itu akan dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato' Wan Hisham Wan Salleh yang juga Timbalan Presiden KOAM.

Pertandingan akan bermula pada jam 8.00 pagi dengan acara boling, badminton dan ping pong di Ter, Kuala Ibai manakala futsal akan diadakan pada sebelah petang di Uptown, Jalan Kamaruddin.

Pada sebelah malam, akan diadakan majlis penyampaian hadiah yang akan dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, YB Tuan Haji Khazan Che Mat serta pegawai-pegawai kanan Petronas dan ketua-ketua jabatan. - shuhaimi-