Khamis, 27 September 2012

Jalinan Mesra UMT - Media




















Majlis Makan Malam Mesra Media 2012 anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Ri-Yaz Heritage Marina and Spa, Pulau Duyung malam 26 September 2012 baru-baru ini membuktikan hubungan media khususnya di Terengganu semakin erat dengan institut pengajian tinggi itu.

Kira-kira 100 wartawan dan jurufoto daripada pelbagai agensi media hadir pada malam yang ceria itu.

`Kita sangat menghargai apa yang dilakukan oleh UMT kepada media di Terengganu dan setiap tahun, program seperti ini pasti tidak diuzurkan',kata Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr.Ayob Mamat dalam ucapannya pada majlis itu.

Katanya, program yang dihadiri hampir 90 peratus pengamal media termasuk Bahagian Penyelarasan Media Jabatan Penerangan Negeri Terengganu itu menunjukkan UMT amat disenangi oleh rakan-rakan media dan hubungan mesra itu perlu diteruskan bagi kepentingan bersama.

Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr.Ibrahim  Komoo dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media yang sering memberikan liputan yang baik kepada UMT.

Pada majlis itu, semua tetamu yang hadir diraikan dengan pelbagai hidangan yang enak dan lazat selain banyak hadiah cabutan bertuah yang bernilai tinggi seperti TV LCD 32 inci, mesin basuh, i-pod , telefon bimbit dan barangan elektrik. -shuhaimi-

Selasa, 25 September 2012

Aidilfitri Kawat Yang Meriah

 Ahli Kawat mendaftar di meja pendaftaran bagi mengemas kini status keahlian.
 Ahli Kawat bersama keluarga menikmati hidangan selain beramah mesra dengan rakan-rakan.
 Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid menyampaikan hadiah cenderahati kepada wartawan kanan Utusan Malaysia, Sdr. Raduan Hussain.
 Sebahagian tetamu jemputan yang memeriahkan Malam Aidilfitri Kawat 2012 di Hotel Tanjung Vista.
 Permainan rebut kerusi menggamatkan Malam Aidilfitri Kawat 2012.
 Presiden, Sdr Ayob bertanya soalan teka teki kepada seorang ahli keluarga Kawat.
 Pegawai Pembangunan Dun Ladang, Dato' Wan Hisham (kiri) dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Nasir Ibrahim Fikri menyampaikan duit raya kepada anak-anak ahli Kawat.
 Suami kepada ahli Kawat, Sdr.Rosdeh menyertai acara mencari gula-gula dalam tepung.
 Dua anak ahli Kawat bersama muka yang dipenuhi bedak tepung.
 Presiden sedang menemubual dua kanak-kanak sebelum menyampaikan hadiah.
 Dato' Nasir menyampaikan hadiah kepada pemenang sukaneka.
 Presden menunjukkan antara ratusan hadiah yang akan diberikan kepada ahli Kawat yang hadir.
 Ahli Kawat yang sentiasa ceria.
 Sdr.Ayob menyampaikan duit raya kepada wartawan Berita Harian, Sdr. Hanee.
 Sdr.Ayob bertanya khabar anak Penolong Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu yang uzur.
 Ahli Kawat perlu mendaftar bagi memastikan mereka menerima duit raya daripada Presiden.
 Wartawan Bernama, Sdr.Kamaliza serta anak-anak dan `anak-anak' mendaftar bagi memastikan mereka dapat membawa pulang habuan yang disediakan oleh Kawat.
 Sdr.Ayob ketika menyampaikan amanat presiden.
 Antara tetamu kehormat yang hadir memeriahkan Malam Aidilfitri Kawat 2012.
 Ahli Kawat dan keluarga mengambil hidangan.
Wartawan Harian Metro, Sdr.Malek Mohamad dan keluarga.

MALAM Aidilfitri Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) 2012 yang diadakan di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu pada 5 September 2012 lalu meninggalkan seribu kenangan kepada setiap ahli yang hadir.

Dengan kira-kira 300 hadiah termasuk hamper, telefon bimbit, broadband dan pelbagai hadiah lain, setiap ahli juga membawa pulang duit raya RM100 seorang dan sudah pasti pemberian itu tidak pernah diimpikan sebelum ini.

Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat, berkata pemberian duit raya pada kali ini adalah sebagai ingatan kelab kepada ahli yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi kepada Kawat.

`Tanpa komitmen mereka, sudah pasti kelab kita tidak sehebat seperti hari ini',katanya sambil memperlihatkan wajahnya yang bangga dan ceria.

Katanya, selain itu, imej tinggi Kawat juga memudahkan pihak luar memberi kerjasama yang sangat baik kepada kelab dan kerjasama ini diperjelaskan pada jumlah penajaan dan sumbangan yang banyak diterima oleh Kawat sempena penganjuran program pada malam itu.

Kira-kira 200 ahli Kawat serta keluarga hadir pada malam yang penuh meriah dengan makanan yang enak selain permainan sukaneka dan cabutan bertuah.

Malam Aidilfitri Kawat 2012 turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua jabatan.  - shuhaimi-