Khamis, 13 Ogos 2009

SEPETANG BERSAMA DATO' NASIR

Dato' Nasir melayan ahli Kawat pada majlis meraikan media di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.-mismat-

Dato' Nasir menyampaikan cenderahati berupa sepasang kain untuk baju Melayu kepada wartawan Bernama, Tuan Azam Tuan Johan. -mismat-


Dato' Nasir (tengah) bergambar bersama ahli Kawat selepas majlis Hi Tea. mismat-


Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri semalam meraikan rakan-rakan media dalam satu majlis jamuan minum petang di Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu.

Beliau menjadi Ahli Parlimen pertama di Terengganu yang mengadakan pertemuan dengan media menjelang Ramadan nanti. Pertemuan dalam suasana yang amat santai itu telah mendapat sambutan hangat apabila lebih 5o wartawan dan jurugambar hadir pada majlis tersebut.

Usaha YB Dato' Mohd Nasir itu sememangnya tepat pada waktunya memandangkan pada bulan Ramadan nanti, rakan-rakan media pasti akan sibuk dengan jemputan berbuka puasa.

Presiden Kawat, Ayob Mamat menyifatkan majlis itu sebagai amat penting dan berharap usaha yang sama akan diikuti oleh pelbagai pihak lain bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dengan media di Terengganu.

PENYERTAAN ANUGERAH KAWAT-EXXONMOBIL DITUTUP

Pencalonan bagi Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil (AKKEM) 2009 telah pun ditutup dan sekarang dalam proses semakan serta pengesahan daripada urusetia.

Pengerusi Urusetia yang juga Bendahari Kawat, Abdul Mubin Ismail berkata, kesemua enam kategori yang dipertandingkan telah mencapai kuota enam penyertaan bagi setiap kategori.

"Penyertaan tahun ini boleh dikatakan hebat kerana artikel yang dihantar mempunyai kualiti yang cukup kuat dan saya pasti, panel penilai akan berhadapan kesukaran untuk memilih pemenangnya.

"Perkembangan mengenai AKKEM ini akan kami hebahkan apabila proses berkaitan siap kelak," katanya.

Menurut beliau, Presiden Kawat telah mencadangkan beberapa kelainan terutama hadiah iringan dalam AKKEM 2009 ini.