Rabu, 6 April 2011

JPNT RAI AHLI KAWAT ... SEJARAH BERULANG

Wartawan Bernama, T azam T Johan menerima cenderamata dari Encik Razali Daud

Turut menerima cenderamata, Presiden KAWAT, Ayob Mamat

bergambar tanda kenang-kenangan ... satu sejarah yang terlakar.

Sejak agak lama Jabatan Pelajaran Terengganu (JPNT) tidak mengadakan program bersama media, malam semalam (5/4/11), Pengarahnya yang baharu, Razali Daud telah mengambil inisiatif untuk adakanm pertemuan dengan ahli Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) di Hotel Sumai, Kuala Terengganu.

Hampir 30 orang wartawan, jurugambar dan pengamal media hadir pada majlis tersebut yang turut disertai hampir 30 pegawai kanan JPNT sendiri.

KAWAT merasa amat bertuah kerana diraikan dalam satu pertemuan yang dianggap penting dalam mengeratkan hubungan baik antara kedua-dua pihak sebagaimana yang ditegaskan secara bersama oleh Encik Razali Daud dan Presiden KAWAT melalui ucapan mereka pada malam itu.

Turut diadakan acara cabutan nombor bertuah selain penyampaian cenderahati berupa naskah Al-Quran oleh Pengarah Pelajaran Negeri.

KAWAT merakamkan ucapan terima kasih kepada JPNT atas inisiatif yang diambil.