Jumaat, 11 Disember 2009

MALAM ANUGERAH KEWARTAWANAN KAWAT-EXXONMOBIL DI HOTEL PRIMULA

Terletak di pesisiran Laut China Selatan yang indah, biar pun musim tengkujuh masih belum reda, di situlah terletaknya Primula Beach Hotel - tempat berlangsungnya Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009 Isnin ini (14hb Disember 2009).

Sudah tentu kesudian YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri untuk hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang akan menambahkan lagi seri majlis ini nanti yang akan bermula pada pukul lapan malam.

Menurut Ketua Penyelaras program, Abdul Mubin Ismail yang juga Bendahari Kawat, persiapan untuk memastikan acara kemuncak penyampaian hadiah kepada pemenang akan berlangsung dalam suasana semeriah mungkin.

Beliau bagaimanapun tidak membayangkan mengenai keputusan pertandingan tersebut.