Rabu, 31 Julai 2013

TNB rai media






Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu menganjurkan majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Primula pada 30 Julai 2013 baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri kira-kora 50 petugas media dan pegawai kanan TNB Terengganu diadakan dalam suasana ceria dan mesra.

Pengurus Besar TNB Terengganu, Ir.Mohd Yuslan Mohd Yusuf, berkata majlis yang diadakan setiap kali bulan Ramadan itu diharap dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara TNB dan petugas media.

Beliuu mengucapkan terima kasih kepada media yang sentiasa membuat liputan yang positif mengenai TNB Terengganu dan ianya amat penting bagi meningkatkan imej TNB kepada masyarakat.

Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr.Ayob Mamat turut hadir pada majlis itu.

Terima kasih Dato' Jai...






Ahli Jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) melahirkan rasa gembira dengan terima kasih kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malysia, YB Dato' Jailani Johari yang sudi menghadiahkan nettbook 1Malaysia kepada semua AJK yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa anjuran DiGI di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 26 Julai 2013 baru-baru ini.

Pemberian nettbook itu kepada AJK Kawat bertujuan memudahkan mereka menjalankan tugas kelab dengan lebih efisien selain sebagai cenderamata daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk AJK yang berkerja keras untuk imej kelab dan media.

Majlis yang  dihadiri Yang DiPertua Pertubuhan Anak Yatim (Perkaya), Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor, Ketua Perhubungan dan Strategik DiGi, Roslan Rosli dan Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat turut meraikan anak-anak yatim dari Perkaya Pulau Kerengganu, Marang dan petugas media.

Presiden Kawat, berkata pemberian nettbook oleh YB Dato' Jailani mampu melicinkan pentadbiran kelab dan meminta AJK agar menggunakan nettbook itu dengan berhemah.