Ahad, 3 April 2011

Kenangan Manis Program Media – Petronas

Kumpulan media bergambar kenangan bersama Encik Mohamad Medan (tengah, bertopi) sejurus tiba di Lake Kenyir Resort & Spa.

Kumpulan Pulau Dekuh sedang berbincang untuk mencari jawapan pada Pertandingan Mencari Harta Karun di sekitar kawasan resort.

Rombongan media bergambar kenangan dengan Tuan Haji Zulkifli (tengah) dan pegawai Petronas di Air Terjun Lasir.

Petugas media, Shaq Bellah (TV3), Yati (Sinar Hulu Terengganu) dan Huda (Sinar) ketika bergambar di jambatan gantung Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir.

Kumpulan Pulau Dekuh seronok menerima hadiah minyak pelincir Petronas Symtium 800 kerana menjadi juara Pertandingan Mencari Harta Karun.

Rombongan media serta pegawai Petronas mendengar penerangan mengenai pokok herba ketika melawat Pulau Herba di Pulau Sah Kecil, Tasik Kenyir.

Gembira kerana bertuah pada Malam Media Petronas

Encik Mohamad Medan (kanan), Ayob (tengah) dan Tuan Haji Zulkifli pada jamuan makan malam.

Petugas Media mendengar taklimat sebelum menyertai Pertandingan Mencari Harta Karun.

Tiga puluh petugas media termasuk Bahagian Media Jabatan Penerangan Negeri Terengganu pasti tidak dapat melupakan pengalaman manis serta rasa seronok ketika menyertai program `Petronas Engagement Session With Terengganu Media Bureaus’ yang diadakan selama dua hari di Lake Kenyir Resort & Spa bermula 30 Mac 2011 lalu.

Pelbagai akitiviti menarik serta layanan VIP yang diberikan oleh pegawai serta kakitangan Petronas pasti tidak luput dalam ingatan petugas media yang menyertai program itu. Antara akitiviti menarik ialah pertandingan mencari harta karun iaitu mencari jawapan berdasarkan pemerhatian di sekitar resort.

Tujuh kumpulan menyertai pertandingan mencari harta karun dan pertandingan dimenangi oleh Kumpulan Pulau Dekuh yang disertai oleh Kamaruddin (Ukom), Shuhaimi (Penerangan), Nazdy (Metro), Fazly (Utusan), Yati (Sinar), Norma (Penerangan) dan tiga pegawai Petronas. Kumpulan itu membawa pulang minyak pelincir Petronas Symtium 800 setiap seorang.

Pada sebelah malam diadakan majlis makan malam yang dihadiri oleh Senior General Manager, Corporate Services Division, Encik Mohamad Medan Abdullah dan Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Tuan Haji Zulkifli Ismail. Majlis makan malam diserikan dengan ucapan Encik Mohamad Medan dan Presiden Kelan Wartawan Terengganu (Kawat), Ayob Mamat. Selain itu turut diadakan acara cabutan bertuah.

Pada keesokannya, rombongan media dibawa melawat ke Pulau Herba di Pulau Sah Kecil untuk melihat dan mengenal pokok herba yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan dan selepas itu rombongan dibawa bersantai di Air Terjun Lasir.

Program Media – Petronas selesai selepas peserta menikmati hidangan tengah hari dan Kawat serta anggota Media di Terengganu mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Petronas terutama kepada Encik Mohamad Medan,Tuan Haji Zulkifli dan Encik Faizal.