Ahad, 28 Ogos 2011

Tanda Ingatan Kawat

Sdr Ayob menyampaikan cendahati Aidilfitri kepada Encik Abdul Rahman Emang Amyie

Sdr Ayob menyampaikan cenderahati Aidilfitri kepada petugas JPJ.

Sdr Ayob menyampaikan cenderati Aidilfitri kepada anggota polis trafik yang bertugas pada malam raya.

Datuk Jamshah menerima cenderahati Aidilfitri daripada Sdr Ayob sambil diperhatikan oleh Encik Abdul Rahman Emang Amyie.

Sebagai menghargai anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertugas pada Hari Raya Aidilfitri ini, Kelab Wartawan Terengganu turun padang menemui mereka sambil menyampaikan sedikit buah tangan sebagai tanda penghargaan itu.

Kawat yang diketuai oleh Presiden, Sdr Ayob Mamat bersama kira-kira 20 Ahli Jawatankuasa dan ahli serta warga media turut sama pada program yang diadakan di jalan berhapiran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 27 Ogos 2011 lalu.

Turut sama ialah Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa dan Pengarah JPJ, Encik Abdul Rahman Emang Amyie.

Sdr Ayob, berkata Kawat menyediakan kira-kira 120 bungkusan yang mengandungi kuih raya, air zam-zam, kurma dan kad raya kepada anggota polis trafik dan petugas JPJ ketika mereka sedang mengadakan operasi dan sekatan jalan raya.

Katanya, cenderahati itu bagi menghargai penat lelah mereka yang sanggup mengorbankan cuti bagi memastikan orang ramai berhari raya dalam keadaan aman selain merapatkan lagi hubungan dua agensi itu dengan media. -shuhaimi ahmad-