Khamis, 27 September 2012

Jalinan Mesra UMT - Media




















Majlis Makan Malam Mesra Media 2012 anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Ri-Yaz Heritage Marina and Spa, Pulau Duyung malam 26 September 2012 baru-baru ini membuktikan hubungan media khususnya di Terengganu semakin erat dengan institut pengajian tinggi itu.

Kira-kira 100 wartawan dan jurufoto daripada pelbagai agensi media hadir pada malam yang ceria itu.

`Kita sangat menghargai apa yang dilakukan oleh UMT kepada media di Terengganu dan setiap tahun, program seperti ini pasti tidak diuzurkan',kata Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr.Ayob Mamat dalam ucapannya pada majlis itu.

Katanya, program yang dihadiri hampir 90 peratus pengamal media termasuk Bahagian Penyelarasan Media Jabatan Penerangan Negeri Terengganu itu menunjukkan UMT amat disenangi oleh rakan-rakan media dan hubungan mesra itu perlu diteruskan bagi kepentingan bersama.

Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr.Ibrahim  Komoo dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media yang sering memberikan liputan yang baik kepada UMT.

Pada majlis itu, semua tetamu yang hadir diraikan dengan pelbagai hidangan yang enak dan lazat selain banyak hadiah cabutan bertuah yang bernilai tinggi seperti TV LCD 32 inci, mesin basuh, i-pod , telefon bimbit dan barangan elektrik. -shuhaimi-