Rabu, 26 Disember 2012

Ayob Kekal Presiden
























WARTAWAN TV Al Hijrah Terengganu, Sdr.Ayob Mamat kekal menerajui Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) bagi penggal ke lima setelah dipilih sebulat suara sebagai presiden oleh ahli kelab itu pada pemilihan jawatankuasa kerja penggal 2012/14 sempena mesyuarat agung Kawat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu pada 24 Disember 2012 baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam (Media) Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu, Tuan Haji Ahmad Redza Arshad pula dipilih bagi penggal kedua sebagai Timbalan Presiden Kawat sebulat suara oleh ahli yang hadir pada mesyuarat itu.

Lapan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dipilih oleh ahli mesyuarat pula ialah Aida Abdul Rahman (Unit Komunikasi Negeri Terengganu), Shuhaimi Ahmad (Cawangan Media Jabatan Penerangan Negeri Terengganu), Baharom Che Bakar (Berita Harian), Hajah Hashimah Mohd (NSTP), Lew I-Ling (China Press), Mohd Ishak Ngah (TV3), Mohd Lazim Endut (Penulis bebas) dan Suhaila Mohd Daud (RTM).

Dua pemeriksa kira-kira ialah Nurul Huda Hussin (Sinar Harian) dan Manirah Othman (Kosmo!)

Seratus ahli Kawat yang terdiri daripada pengamal media hadir pada mesyuarat itu walaupun ketika itu Terengganu dilanda hujan lebat dan banjir besar.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri merasmikan mesyuarat itu dan meluluskan peruntukkan RM5,000 untuk akitiviti Kawat. -shuhaimi-


Tiada ulasan: