Isnin, 28 Februari 2011

PESAT – KAWAT JALIN HUBUNGAN

Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat menyampaikan cenderahati kepada Presiden Pesat, Tuan Haji Ramlan Ibrahim.

Rombongan Kawat bergambar bersama Exco Pesat pada majlis pertemuan Kawat - Pesat di Sri Damansara, Selangor.

Sdr Ayob ketika memperkenalkan AJK Kawat dan Ketua-ketua Biro akhbar kepada Tuan Haji Ramlan.

Presiden Pesat, Tuan Haji Ramlan (kiri) dan Presiden Kawat, Ayob Mamat (kanan) bersama AJK di bangunan Pesat di Sri Damansara, Selangor.

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) menjalinkan hubungan dengan Persatuan Anak Terengganu di Wilayah Persekutuan dan Selangor (Pesat) dalam usaha memartabatkan negeri Terengganu melalui kelab dan persatuan itu selain memperatkan silaturahhim antara ahli.

Pada pertemuan pertama Kawat dengan Pesat yang berlangsung dalam semangat kekeluargaan di bangunan baru Pesat di Sri Damansara, Selangor pada 23 Mac 2011 lalu, beberapa agenda dibincangkan bertujuan memberi manfaat kepada kedua-dua badan bukan kerajaan itu selain berkepentingan untuk mempertingkatkan imej Terengganu pada masyarakat luar Terengganu.

Pertemuan yang diketuai oleh Presiden Kawat, Ayob Mamat dan ahli jawatankuasa kelab yang turut disertai ketua-ketua biro dan wakil media bertemu dengan Pesat yang diketuai oleh Presiden Pesat, Tuan Haji Ramlan Ibrahim berlangsung hampir dua jam di bangunan baru berharga RM4 juta milik persatuan itu.

Ketika berucap pada pertemuan itu, Ayob mengucapkan terima kasih kepada Pesat kerana sudi menerima kunjungan Kawat dan berharap beberapa aktiviti demi kebaikan bersama akan diadakan dalam masa terdekat.

Tiada ulasan: