Rabu, 22 Disember 2010

JKM Rai Kawat


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu meraikan warga media pada majlis Malam Mesra Media - JKM di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu pada 20 Disember 2010 lalu.

Kira-kira 30 warga media hadir pada majlis yang turut dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, YB Yahya Khatib Mohamad dan Pengarah JKM Terengganu, Encik Zuhaimi Omar. Hadir sama ialah Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr Ayob Mamat.

Ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu, Sdr Ayob mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada JKM kerana sudi meraikan warga media serta mewujudkan semangat kerjasama antara jabatan itu dengan media.

Katanya, hanya beberapa agensi kerajaan sahaja yang menyedari pentingnya hubungan antara jabatan dan media manakala yang lain sering `terlupa' akan peranan media dalam membangunkan negara dan masyarakat.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan menghiburkan oleh kanak-kanak kelainan upaya dengan nyanyian dan tarian. -shuhaimi ahmad-

Tiada ulasan: