Isnin, 1 Ogos 2011

Aziz TV3 Patah Tangan

Rakan media melihat tangan kiri Aziz yang patah akibat terjatuh di bilik air.
Sdr Zaidi dan Sdr Ayob melihat tangan Aziz yang patah.

Jurukamera TV3 Terengganu, Aziz Abdullah patah tangan kiri setelah terjatuh di bilik air di rumah anak lelaki beliau ketika mengunjungi rumah anaknya di Kuala Lumpur pada 16 Julai 2011 lalu.

Aziz yang kini berehat di rumahnya di Perumahan Permin , Kampung Bukit, Kuala Terengganu mendapat rawatan tradisional daripada tukang urut tempatan.

Kelmarin (31 Julai 2011), beliau dikunjungi oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payung, Sdr Zaidi Muda dan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr Ayob Mamat dan rakan-rakan media.

Pada kunjungan itu, Sdr Zaidi dan Sdr Ayob menyampaikan hamper bagi kepada Aziz selain berharap Aziz tabah menghadapi saat sukar itu.

Aziz turut mengucapkan terima kasih kepada Sdr Zaidi, Sdr Ayob dan rakan-rakan yang sudi menziarah beliau.

Kawat mendoakan semoga Aziz cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. –SHUHAIMI AHMAD.

Tiada ulasan: