Isnin, 22 September 2008

FAUZI BERNAMA TV KEMALANGAN




Seorang ahli Kawat, Mohd Fauzi Fadzil dari Bernama TV telah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu akibat kemalangan jalan raya. Beliau ketika ditemui di hospital berkenaan lewat malam tadi kelihat sihat tetapi terpaksa menerima beberapa jahitan kecil di bahagian kepala.

Bagaimanapun menurut doktor, terdapat pendarahan di kepala beliau sehingga menyebabkannya pengsan ketika di rumah.

Namun, kecederaan itu dikatakan tidaklah terlalu serius dan doktor telah melakukan rawatan bagi membuang darah beku tersebut.

Kata Fauzi, kemalangan berlaku ketika dia menaiki motosikal di Jambatan Sultan Mahmud dan dilanggar oleh sebuah kereta yang kemudiannya melarikan diri.

Kawat amat bersimpati dengan apa yang telah menimpa ke atas ahli kita itu, apatah lagi di bulan Ramadan ini.

Kawat mendoakan agar beliau akan cepat sembuh dan dapat bekerja semula seperti sediakala, insya'Allah.

Fauzi boleh dihubungi di talian 019-9991287

5 ulasan:

Warung GP Koner berkata...

Marilah kita semua berdoa kepada Allah semoga beliau cepat sembuh dan dapat meneruskan kerjayanya sebagai jurugambar Bernama. Gambar tu kelabu sangat tak ada gambar lain ke. Kan kita ni wartawan photographer ramai. Tak malu ke sebar web kepada orang ramai dengan kualiti gambar macam tu...

Warung GP Koner berkata...

Assalamualaikum... Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Saya tumpang bangga dengan penerbitan laman blog ini kerana ia boleh memaparkan banyak aktiviti yang KAWAT dah jalankan. Syabas... Bagaimanapun, pihak Seketeriat KAWAT juga perlu menghantar surat kepada ahli-ahli terutamanya yang tinggal jauh dari bandar KT. Saya tahu zaman sekarang zaman ICT tetapi bagaimana bagi mereka yang tidak mempunyai talian internet di rumah. Sudah pasti mereka ini tidak tahu apa-apa perkembangan mengenai KAWAT. Buatlah seperti dulu hantar surat jemputan kepada semua ahli apabila ada aktiviti. Mengenai Mohd. Fauzi Fadzil saya berdoa agar beliau cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas beliau sebagai jurugambar Bernama TV. Tapi tak ada gambar lain ke? Kelabu semacam je. Kan kita ni wartawan dan mempunyai ramai photographer tak boleh snap sekeping gambar yang sharp. Laman blog ini kita publish kepada orang ramai tapi tak malu ke dengan gambar yang tak berkualiti...

Che Ku Zainal Bin Che Ku Muda berkata...

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Kawat kerana berjaya menerbitkan laman blog ini. Penerbitan laman ini biarlah bukan untuk berdebat tetapi untuk memaklumkan kepada ahli mengenai setiap aktiviti yang dianjur. Bagaimanapun, cara lama iaitu menghantar surat kepada ahli untuk menjemput mereka masih lagi relevan. Tak semua orang ada talian internet. Di kalangan wartawanpun dapat akses internet hanya di pejabat tetapi ada juga yang langgan talian. Mengenai Fauzi saya ucapkan agar beliau cepat sembuh dan boleh bertugas sebagai Bernama TV. Tapi tak ada gambar lain ke. Kelabu semacam je. Tak malu ke jika orang "luar" melayari laman ini. Kita ada ramai jurugambar mengapa tak suruh mereka shot sekeping. Tq...

Che Ku Zainal Bin Che Ku Muda berkata...

Assalamualaikum! Syabas diucapkan kepada sekretariat kawat kerana berjaya terbit laman blog ini. Banyak berita & cerita baru2 boleh baca. Tapi surat jemputanpun kena hantar juga sebab bukan semua orang ada internet. orang kaya2 je ada. sejak akhir2 ni banyak program x kabor ke kita hanya orang kt saja yang tau kitapun ahli lama juge. Aku doa agar fauzi cepat sembuh dan boleh keje mcm biasa...

Kelab Wartawan Terengganu berkata...

terima kasih atas reaksi saudara. bab gambar itu, harus diingat bahawa mengendali blog bukan dibayar gaji dan kes-kes kemalangan adalah kecemasan. Kawat tidak ada mug shot ahli. Jadi gambar Fauzi diambil daripada gambar-gambar lama yang kita ada. Kalau saudara boleh bantu ambil gambar secara percuma dan segera, kami alu-alukan. bab surat, hebahan dibuat bukan sahaja melalui laman blog tetapi sms dan siaran media. Sebagai wartawan/penulis, kita kena baca surat khabar sentiasa dan sebagai ahli kita kena sentiasa hubungi pucuk pimpinan.