Khamis, 14 Februari 2013
Dato' Jai kunjung Pusat Media
Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah mengunjungi Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu pada 12 Februari 2013 lalu.
Beliau yang disambut oleh Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat dan ahli Kawat meluangkan masa hampir sejam sambil menikmati minum petang bersama rakan media.
Pada kunjungan itu, beliau turut mengagihkan buku terbaru mengenai YAB Perdana Menteri kepada rakan media yang hadir serta berterima kasih kepada pihak media kerana sering membuat liputan program-program kerajaan.
Hubungan Erat Kawat - Dato' Nasir
Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri tidak pernah jemu untuk `berkawan' dengan media dan sikap beliau terhadap media sering disenangi oleh golongan itu.
Selain sering meraikan rakan media pada jamuan teh, makan malam dan sumbangan serta sokongan beliau kepada Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), beliau juga tidak pernah menghampakan undangan serta jemputan kelab itu pada setiap majlis yang diadakan.
Baru-baru ini, YB Dato' Mohd Nasir melakaukan kunjungan kepada Pusat Media Kawat di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan menghabiskan masa kira-kira dua jam di situ.
Pada kunjungan itu, beliau disambut oleh Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat dan pada ucapan aluan, Sdr Ayob mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato' Mohd Nasir kerana sudi mengunjungi Pusat Media Kawat selain sokongan yang sentiasa diberikan oleh beliau kepada pihak media.
YB Dato' Mohd Nasir juga berterima kasih kepada media kerana sentiasa membuat liputan mengenai program yang diadakan di Parlimen Kuala Nerus.
Beliau juga menikmati sarapan pagi bersama rakan media sambil berbual mengenai hal semasa dan politik.
Rabu, 23 Januari 2013
Dato' Wan Farid lawat Pusat Media
Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengadakan lawatan ke Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu pada 20 Januari 2013 lalu.
Beliau yang juga Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu disambut oleh Presiden Kawat, Sdr.Ayob Mamat serta ahli jawatankuasa dan ahli Kawat.
Pada kunjungan itu, beliau memuji Kawat kerana sentiasa berusaha membuat yang terbaik untuk ahli dan mengucapkan tahniah kepada presiden kerana mampu mewujudkan Koperasi Media Terengganu Berhad yang dikhaskan kepada warga media di Terengganu.
Kunjungan selama dua jam itu berakhir dengan jamuan ringan dan penyampaian cenderamata Kawat kepada Dato' Wan Ahmad Farid.
Rabu, 16 Januari 2013
Kawat kunjung Aslina
Wartawan Berita Harian, Aslina Abu Bakar yang terlantar di wad Hospital Sultanah Nur Nazirah, Kuala Terengganu menerima kunjungan Ahli Jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Hajah Shima Mohd pada 15 Januari 2013 baru-baru ini.
Aslina yang juga ahli Kawat dimasukkan ke hospital itu pada 13 Januari 2013 untuk melakukan pembedahan kerana sakit di dalam perut.
Pada kunjungan itu, Hajah Shima mewakili Kawat menyampaikan sumbangan kepada beliau dan semua rakan media dan ahli Kawat mendoakan agar Aslina cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. -shuhaimi-
Selasa, 15 Januari 2013
Mesyuarat kali pertama AJK 2012/14
Kelab
Wartawan Terengganu (Kawat) mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 2012/14 kali
pertama di Pejabat Kawat Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu pada 13
Januari 2013 baru-baru ini.
Walaupun terpaksa bermesyuarat dalam keadaan
duduk bersila dan bersimpuh kerana peralatan pejabat tidak sempat dipasang,
namun tetap berlangsung dalam keadaan ceria dan semangat kekitaan.
Pada mesyuarat
yang dipengerusikan oleh Presiden, Sdr Ayob Mamat semua ahli jawatankuasa
termasuk jawatankuasa dilantik hadir pada sesi mesyuarat itu.
Mesyuarat
yang diadakan hampir empat jam itu membincangkan mengenai program Kawat pada
tahun ini termasuk program yang membabitkan pelancongan seperti penganjuran
pertandingan mencari harta karun dan beberapa program lain bertujuan membantu
menjayakan Tahun Melawat Terengganu 2013.
Selain itu,
mesyuarat turut membincangkan penganjuran Anugerah Kewartawanan Kawat
ExxonMobil 2013 yang akan diadakan lebih awal iaitu sebelum bulan Mei. -shuhaimi-
Rabu, 9 Januari 2013
Pejabat Kawat beroperasi pertengahan Januari
Pejabat Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) yang terletak
di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu berhadapan Pejabat BERNAMA dijangka
beroperasi pada pertengahan Januari 2013 depan.
Bagi memastikan pejabat itu boleh beroperasi dan
digunakan oleh ahli Kawat, sekumpulan ahli yang `ringan tulang’ bergotong
royong membersih dan mencantikkan pejabat itu bermula jam 8.00 malam 8 Januari
dan gotong-royong itu tamat pada jam 12.30 tengah malam pada 9 Januari 2013.
Gotong-royong diketuai oleh Presiden Kawat, Sdr.Ayob
Mamat bersama 13 ahli membersih tandas, dapur serta membuang sampah sarap yang
ada di pejabat itu
.Selain itu, kumpulan itu turut mengecat dinding pejabat dengan warna yang lebih ceria dan menarik bagi memastikan ruang pejabat kelihatan cantik dan selesa.
.Selain itu, kumpulan itu turut mengecat dinding pejabat dengan warna yang lebih ceria dan menarik bagi memastikan ruang pejabat kelihatan cantik dan selesa.
Sdr.Ayob, berkata pejabat Kawat itu akan dijadikan tempat
pertemuan semua rakan media serta mesyuarat AJK selain satu ruang dijadikan
bilik khas untuk pejabat Koperasi Media Terengganu Berhad.
Beliau berharap, pejabat Kawat yang diidamkan selama ini
dapat menjadi tempat mengeratkan hubungan dikalangan media yang ada di Terengganu.-
shuhaimi-
Langgan:
Catatan (Atom)