Isnin, 12 Mac 2012

Presiden Masuk Wad

YB Tuan Haji Khazan menziarah Sdr Ayob Mamat di HSNZ. -Foto Ihsan: Baharom Bakar (Berita Harian).


Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr Ayob Mamat terlantar di Wad 7EF Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana menghidap sakit darah tinggi.

Beliau dimasukkan ke wad setelah mengalami rasa pening kepala kira-kira jam 2.30 pagi pada 12 Mac 2012 lalu.

Dengan memandu sendiri ke hospital, beliau terpaksa berhenti di tepi jalan sebanyak empat kali sebelum `berjaya' sampai ke unit kecemasan HSNZ dan menerima rawatan awal di unit tersebut sebelum di tempatkan di wad 7EF.

Ramai rakan-rakan menziarahi beliau setelah mendapat berita melalui laman sosial dan antaranya ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Tuan Haji Khazan Che Mat.
Semua rakan media dan ahli Kawat mendoakan agar presiden cepat sembuh dan jangan berjaga malam lagi selepas ini.- shuhaimi-

Rabu, 15 Februari 2012

Malam Penuh Gemilang

Shabery dan J.Hunter diiringi Ayob ketika tiba pada Majlis Anugerah Kewartawanan Kawat ExxonMobil 2010.

Warga media dan tetamu yang hadir.

Rakan media menikmati hidangan malam.

Persembahan hebat Shaq Bella.

Ayob mengiringi J.Hunter.


Ucapan aluan Presiden.

Pemimpin berlainan parti duduk semeja.

Ucapan J.Hunter


Ucapan perasmian Shabery.

Terima kasih daun keladi...tahun depan tambah lagi.

Anugerah Khas Presiden.

Aungerah Khas DJ Radio.

Ahli Kawat yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi kepada kelab.

Anugerah Berita TV Terbaik.

Anugerah Berita Pendidikan Terbaik.

Anugerah Penulisan Berita Terbaik.

Anugerah Berita Sukan Terbaik.

Anugerah Foto Terbaik.

Malam penuh gemilang. Malam Anugerah Kawat - ExxonMobil 2010 yang diadakan di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada 12 Februari 2012 lalu berlangsung dalam suasana meriah dan ceria.

Program tahunan Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dengan kerjasama syarikat minyak gergasi dunia, ExxonMobil pada tahun ini memasuki tahun ke 26 dengan nilai penajaan sebanyak RM70,000 oleh ExxonMobil.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Shabery Chik hadir merasmi serta menyampaikan hadiah kepada pemenang anugerah. Turut hadir ialah Pengerusi Subsidiari-Subsiadiari ExxonMobil di Malaysia, J.Hunter Fariss dan Presiden Kawat, Ayob Mamat.

Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu termasuk pemimpin politik, pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan dan warga media.

Selain itu, persembahan nyanyian oleh artis residen Kawat, Shaq Bella dari TV3 diiringi kugiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta persembahan artis tempatan menggamatkan lagi majlis anugerah itu.

Wartawan Kosmo!, Manirah Othman mengungguli kategori Penulisan Berita Terbaik sekaligus memperolehi wang tunai berjumlah RM1,500 menewaskan Siti Airunnisa Alaui dari Utusan Malaysia di tempat kedua (RM1,000) dan Muhammad Ishak dari Berita Harian terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan memperoleh wang tunai berjumlah RM750.

Manirah juga berjaya menggondol kategori Penulisan Rencana Terbaik mengatasi Mohd. Lazim Endut dari Sinar Harian dan Tuan Azam Tuan Johan (Bernama) sekaligus mencatat sejarah mengungguli kedua-dua kategori untuk tahun kedua berturut-turut.

Bagi kategori Penulisan Berita Ekonomi Terbaik pula, ia menjadi milik Siti Airunnisa dan diikuti oleh Fauzi Mohd. yang juga merupakan wartawan Utusan Malaysia manakala Mohd. Nazdy Harun (Harian Metro) di tempat ketiga.

Seorang lagi wartawan Utusan Malaysia, Radhuan Hussin turut mencatat nama selaku pemenang apabila mengungguli kategori yang baru pertama kali diperkenalkan iaitu Penulisan Berita Pendidikan Terbaik mengatasi Zainuddin Mohamad (NST) dan Sharipah Hunaini Syed Ismail (Bernama).

Kategori Penulisan Berita Sukan Terbaik pula diungguli Aida Abd. Rahman dari laman portal Teganukita.com manakala tempat kedua milik Mustapa Lakawa (Kosmo!) dan ketiga Abdul Malik Muhammad (Harian Metro).

Foto Terbaik milik jurufoto NST, Rozainah Zakaria; kedua, Azlan Bahrum (Utusan Malaysia) dan ketiga milik Aswadi Alias (Harian Metro).

Laporan Berita TV Terbaik pula milik Ishak Abdillah (TV3) diikuti Aziz Che Man (RTM) dan Abdul Aziz Abdullah (TV3) manakala Anugerah Khas Radio menjadi milik juruhebah RTM, Suhaila Mat Daud.

Sementara itu, Anugerah Khas Presiden pula diberikan kepada Muhammad Danial Zainuddin, 17, pelajar austistik pendidikan khas yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang lalu yang juga anak kepada wartawan NST, Zainuddin Mohammad.

Semua hadiah bagi anugerah itu disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek.

Hadir sama Pengerusi Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil (Malaysia), J. Hunter Farris dan Presiden Kawat, Ayob Mamat.

Sebanyak RM70,000 disumbangkan oleh ExxonMobil untuk program itu manakala Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut menyumbang sebanyak RM20,000 untuk program yang sama. - utusan/shuhaimi

Isnin, 16 Januari 2012

Bincang Kalendar KAWAT 2012

Presiden mempengerusikan mesyuarat AJK Kawat di Hotel Tanjung Vista.

AJK wanita yang banyak memberi idea bagi membangunkan Kawat turut hadir.

Dua presiden bertemu, Sdr Ayob dan Sdr Anuar.

Sdr Ayob menyampaikan `ang pau' kepada I Ling.

Jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) mengadakan mesyuarat jawatankuasa pertama bagi 2012 di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu pada 15 Januari 2011.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat dihadiri hampir semua AJK termasuk wartawan Sinar Harian, Sdri Nurul Huda dan wakil wartawan daerah Besut, Tuan Haji Mohamad Ishak. Turut hadir ialah Presiden Kelab Media Kelantan (Kemudi), Sdr. Anuar Hussain dan Timbalan Presiden Kemudi, Sdr Haris TV3.

Agenda mesyuarat berkisar kepada program perdana Kawat seperti Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobile 2011 dan Pesta Sukan Media Pantai Timur 2012.

Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - Exxon Mobile dijadualkan berlangsung pada 30 Januari depan bertempat di Hotel Permai Inn. Program itu akan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shaberry Chik.

Bagi Pesta Sukan Media Pantai Timur 2012 dicadangkan pada akhir Mac depan yang membabitkan warga media dari seluruh Pantai Timur.

Tiga acara sukan akan dipertandingkan iaitu boling, futsal dan badminton dan program yang mendapat tajaan Petronas itu akan diadakan sehari di Mesra Mall Kertih dan Institut Kemahiran Belia Negara, Kemasik.

Selain itu, mesyuarat turut menbincangkan beberapa program menarik untuk dimanfaatkan oleh ahli Kawat termasuk lawatan ke destinasi menarik di Semenanjung selain program bersama Tourism Malaysia yang akan diadakan Raub, Pahang.

Pada majlis itu, Presiden turut menyampaikan `ang pau' kepada AJK Kawat, Sdri I Ling yang akan merayakan Tahun Baru China pada 23 Januari depan.- Story SHUHAIMI/Foto KHAIRUL SIASAH

Rabu, 7 Disember 2011

Ceria Malam Media Penerangan

Sebahagian warga media dan warga jabatan Penerangan Negeri Terengganu bergambar kenangan pada Malam Mesra Media 2011 Jabatan Penerangan Negeri Terengganu di Motel Desa, Kuala Terengganu.

Penolong Pengarah JPNT, Cik Rosmawati menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Ketua Bahagian Rancangan RTM, Puan Rida Suzirawati.

Mohd Iskandar (kanan) berbual mesra dengan warga media yang hadir.

Wartawan Sinar Harian, Norhayati Mamat mendendangkan lagu pada Malam Mesra Media 2011 Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.

PPD Kuala Terengganu, Encik Sapian Dhabal (kanan) bersama Pengawal Berita RTM, Wan Rahman Hayat.

Sebahagian warga media dan warga Jabatan Penerangan Negeri Terengganu yang hadir.

Artis jemputan, Sdr Najib Hamzah menyanyi bersama rakan media.

En.Mustaffa menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada wakil Berita Harian Besut.

Encik Mustaffa (tengah), En.Mohd Iskandar (kanan) dan Ketua Biro Wan Zulkifli Wan Yaakob.

Mohd Iskandar beramah mesra dengan warga media.



YB Tuan Haji Khazan berbual mesra dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.

Encik Mustaffa menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Wan Rahman.

Kambing panggang menjadi menu pilihan utama tetamu.

Wartawan TV3, Shaq Bella (kanan), Ketua Biro Bernama, Puan Sharifah Husaini dan Penolong Pegawai UKOM, Sdr Yusuf mengambil hidangan.

YB Tuan Haji Khazan menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Jurufoto Bernama, Arjasneh.

En.Mustaffa menyampaikan cenderamata kepada YB Tuan Haji Khazan Che Mat.


Antara warga media yang hadir.

Encik Mohd Iskandar ketika menyampaikan ucapan aluan.

Tetamu mendaftar sebelum majlis dimulakan.

YB Tuan Haji Khazan Che Mat disambut oleh pegawai kanan JPNT.

YB Tuan Haji Khazan Che Mat ketika berucap pada Malam Mesra Media 2011 Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.


Sambutan hebat daripada warga media di Terengganu menjadikan Malam Mesra Media 2011 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT) berjaya mencapai matlamat serta objektif jabatan untuk mewujudkan semangat kerjasama dan kekeluargaan dengan media.

Kira-kira 80 warga media termasuk ketua-ketua biro hadir pada malam yang penuh meriah di Motel Desa, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu pada 5 Disember 2011 lalu.

Majlis santai dengan pakaian tema `jeans’ berjaya mewujudkan malam itu malam yang penuh ceria disertakan dengan persembahan artis jemputan selain persembahan karaoke warga media.

Selain itu, hidangan yang enak iaitu kambing panggang, makanan laut dan pelbagai juadah lain menjadikan malam itu penuh bermakna.

Malam Mesra Media 2011 turut memberi `habuan’ kepada tetamu yang bertuah dengan hadiah barangan elektrik.

Majlis yang berlangsung kira-kira tiga jam itu turut dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Tuan Haji Khazan Che Mat, Penolong Pengarah JPNT (Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat), Encik Mohd Iskandar Jaafar, Penolong Pengarah JPNT (Gerak Saraf dan Pengurusan Isu), Encik Mustaffa Abd Kadir, Penolong-Penolong Pengarah JPNT serta rakan media.


Khamis, 17 November 2011

Kalah Tak Mengapa...

Pasukan Kawat dan DUN Tepoh bergambar kenangan sebelum perlawanan.

YB Ustaz Ramli menyampaikan cenderahati kepada Sdr Ayob.

Ayah, Ibu dan Anak? Sama-sama berada di padang...

Walaupun kalah, pemain Kawat tetap gembira.


KEKALAHAN tipis Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) kepada DUN Tepoh pada perlawanan pertunjukkan yang diadakan baru-baru ini tidak menggambarkan prestasi pasukan itu semakin luntur tetapi ianya hanya bertujuan memberi sedikit `ruang kegembiraan' kepada pasukan lawan.

Kawat berjaya menjaringkan satu gol hasil tendangan mantap Adi Penerangan setelah dihantar oleh Yasin NST manakala DUN Tepoh membawa pulang dua gol pada perlawanan penuh bergaya di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Perlawanan itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tepoh, YB Ustaz Muhammad Ramli Hji Nuh dan Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat.

YB Ustaz Ramli, berharap perlawanan bola sepak itu dapat mewujudkan semangat kekeluargaan serta mengeratkan hubungan silaturahhim antara warga media dengan masyarakat di DUN Tepoh.