ANUGERAH Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2013 (AKKEM) akan diadakan di TH Hotel, Gong Badak pada 4 September depan.
Anugerah berprestij itu akan disampaikan oleh Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh dan dijangka 200 tetamu hadir pada malam penuh gemilang itu.
Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr.Ayob Mamat menjelaskan perkara itu pada mesyuarat jawatankuasa kali ke tiga Kawat di Pusat Media Kawat pada 5 Ogos 2013 baru-baru ini.
Katanya, AKKEM 2013 bertemakan Aidilfitri dan sehubungan itu beliau meminta semua tetamu mengenakan pakaian hari raya bagi memeriahkan malam itu.
Selain membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Kawat pada mesyuarat itu, ahli jawatankuasa juga menerima `habuan' hari raya daripada Sdr.Ayob Mamat dan menikmati hidangan berbuka puasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan