M
Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Wartawan
Terengganu (Kawat) 2012/14 kali ke dua
yang diadakan di Pusat Media Kawat pada 17 Mac 2013 baru-baru ini banyak
membincangkan perkara yang memberi manfaat kepada ahli.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden
Kawat, Sdr.Ayob Mamat berlangsung hampir tiga jam membincangkan beberapa
perkara seperto penganjuran Anugerah Kewartawanan Kawat-Exxonmobil (AKKEM) 2013, perkembangan Koperasi Media,
sukan dan pelantikan biro.
Selain itu, mesyuarat turut
dimaklumkan mengenai sagu hati kepada anak ahli yang cemerlang dalam pelajaran
iaitu bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang memperoleh CGPA 3.80 ke
atas akan menerima RM300, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) RM250, Penilaian
Menengah Rendah (PMR) semua A RM200 dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
semua A menerima RM150.
Pada
mesyuarat itu, Presiden mengumumkan pelantikan biro-biro iaitu Biro Sukan
diketuai oleh Sdr.Kamal (NSTP), Hajah Shima NSTP (Kebajikan), Nuru Huda Sinar
Harian (Promosi dan Publisiti), Shuhaimi Ahmad (Fotografi dan Dokumentasi),
Haji Mohamad Ishak (Wartawan Daerah), Rosamiza Bernama (Projek Khas) dan
Keselamatan Pusat Media (Nik Faridza).
Sdr Ayob juga memaklumkan,
penyertaan AKKEM 2013 sudah bermula dan borang penyertaan boleh didapati di
Pusat Media Kawat, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan tarikh akhir
penghantaran penyertaan ialah pada 30 April 2013.
Sebelum mesyuarat berakhir, beberapa Ahli Jawatankuasa menerima i-Pad
daripada Sdr Ayob. Mereka menerima i-Pad ituk kerana nama tidak disenaraikan
sebagai penerima i-Pad daripada Pejabat Menteri Besar Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan