Wartawan Berita Harian, Aslina Abu Bakar yang terlantar di wad Hospital Sultanah Nur Nazirah, Kuala Terengganu menerima kunjungan Ahli Jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Hajah Shima Mohd pada 15 Januari 2013 baru-baru ini.
Aslina yang juga ahli Kawat dimasukkan ke hospital itu pada 13 Januari 2013 untuk melakukan pembedahan kerana sakit di dalam perut.
Pada kunjungan itu, Hajah Shima mewakili Kawat menyampaikan sumbangan kepada beliau dan semua rakan media dan ahli Kawat mendoakan agar Aslina cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.
-shuhaimi-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan