Kerajaan
negeri menghargai peranan Exxonmobil yang memberi sumbangan kewangan bagi
penganjuran Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil (AKKEM) sejak 28 tahun lalu
sehingga berjaya melahirkan ramai wartawan berketrampilan menerusi penulisan
berkualiti.
Menteri
Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata penganjuran anugerah itu menyuntik
golongan wartawan untuk sentiasa berusaha menghasilkan karya yang lebih
inovatif, kreatif dan penuh bermakna.
"Tahniah kepada ExxonMobil yang diketuai Encik J. Hunter Farris (Pengerusi Subsidiari Exxonmobil di Malaysia) yang tidak jemu-jemu memberi sumbangan kewangan kepada Anugerah Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) sejak 28 tahun lalu.

“Justeru
itu, kerajaan negeri amat menghargai sumbangan ExxonMobil itu bukan sahaja ke
arah pembangunan negeri Terengganu tetapi juga turut sama melibatkan diri dalam
memberi pengiktirafan kepada wartawan yang berkhidmat di Terengganu,” kata
beliau ketika berucap merasmikan AKKEM 2012, di Hotel Primula Kuala Terengganu,
malam tadi.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera; Pengerusi Subsidiari-subsidiari Exxonmobil, J Hunter Farris dan Presiden Kawat, Encik Ayob Mamat.
Menteri Besar berkata, program berkenaan bukan sahaja mempereratkan hubungan dengan wartawan dari semasa ke semasa serta melancarkan proses menyampaikan segala maklumat dan informasi kepada rakyat, malah dapat melahirkan wartawan yang berwibawa dengan menghasilkan penulisan yang boleh menjadi ikutan, renungan dan panduan kepada masyarakat.

“Saya yakin dan percaya dengan adanya anugerah (Kawat-ExxonMobil) ini
sudah tentu hasil penulisan yang lebih inovatif kreatif dan penuh bermakna
dapat dihasilkan oleh wartawan kita.
“ Ini merupakan satu medan untuk melahirkan lebih ramai wartawan yang berketrampilan dan mampu melahirkan penulisan yang boleh mencetus pandangan baru ke arah meningkatkan penghasilan kualiti kerja dan pembangunan yang mahu disampaikan kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata, pelbagai khidmat sosial disediakan di negeri ini sebagai pulangan dan sumbangan kembali kepada rakyat daripada hasil keuntungan perniagaan mereka seperti menyediakan bas perpustakaan bergerak yang memberi kemudahan kepada pelajar di seluruh Terengganu.
Pada masa yang sama, beliau turut berharap Kawat juga memainkan peranan lebih aktif dalam melancarkan rancangan pembangunan kerajaan pada masa depan.
Katanya, kerajaan negeri mempunyai sikap terbuka dengan teguran yang dibuat oleh wartawan menerusi laporan di media massa.
Malah, pada masa yang sama beliau juga berharap wartawan dapat menghasilkan pandangan yang bernas serta bertanggungjawab tanpa adanya unsur-unsur negatif termasuk mengeluarkan berita berasaskan andaian semata-mata yang boleh merosakkan masyarakat dan kerajaan.

Pada majlis itu, Menteri Besar turut menyampaikan dana Pusat Media Kawat
sebanyak RM100,000 dan iPad kepada setiap seorang wartawan dan jurugambar media
bagi menghargai peranan mereka menaikkan imej Terengganu serta membantu
kerajaan menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat. -teganukita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan