Majlis
 Makan Malam Mesra Media 2012 anjuran Universiti Malaysia Terengganu 
(UMT) di Ri-Yaz Heritage Marina and Spa, Pulau Duyung malam 26 September
 2012 baru-baru ini membuktikan hubungan media khususnya di Terengganu 
semakin erat dengan institut pengajian tinggi itu.
Kira-kira 100 wartawan dan jurufoto daripada pelbagai agensi media hadir pada malam yang ceria itu.
`Kita
 sangat menghargai apa yang dilakukan oleh UMT kepada media di 
Terengganu dan setiap tahun, program seperti ini pasti tidak 
diuzurkan',kata Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Sdr.Ayob 
Mamat dalam ucapannya pada majlis itu.
Katanya,
 program yang dihadiri hampir 90 peratus pengamal media termasuk 
Bahagian Penyelarasan Media Jabatan Penerangan Negeri Terengganu itu 
menunjukkan UMT amat disenangi oleh rakan-rakan media dan hubungan mesra
 itu perlu diteruskan bagi kepentingan bersama.
Naib
 Canselor UMT, Prof Dato' Dr.Ibrahim  Komoo dalam ucapannya mengucapkan 
terima kasih kepada semua pengamal media yang sering memberikan liputan 
yang baik kepada UMT.
Pada
 majlis itu, semua tetamu yang hadir diraikan dengan pelbagai hidangan 
yang enak dan lazat selain banyak hadiah cabutan bertuah yang bernilai 
tinggi seperti TV LCD 32 inci, mesin basuh, i-pod , telefon bimbit dan 
barangan elektrik. -shuhaimi-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan