Presiden mempengerusikan mesyuarat AJK Kawat di Hotel Tanjung Vista.
AJK wanita yang banyak memberi idea bagi membangunkan Kawat turut hadir.
Dua presiden bertemu, Sdr Ayob dan Sdr Anuar.
Sdr Ayob menyampaikan `ang pau' kepada I Ling.
Jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) mengadakan mesyuarat jawatankuasa pertama bagi 2012 di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu pada 15 Januari 2011.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat dihadiri hampir semua AJK termasuk wartawan Sinar Harian, Sdri Nurul Huda dan wakil wartawan daerah Besut, Tuan Haji Mohamad Ishak. Turut hadir ialah Presiden Kelab Media Kelantan (Kemudi), Sdr. Anuar Hussain dan Timbalan Presiden Kemudi, Sdr Haris TV3.
Agenda mesyuarat berkisar kepada program perdana Kawat seperti Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - ExxonMobile 2011 dan Pesta Sukan Media Pantai Timur 2012.
Malam Anugerah Kewartawanan Kawat - Exxon Mobile dijadualkan berlangsung pada 30 Januari depan bertempat di Hotel Permai Inn. Program itu akan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shaberry Chik.
Bagi Pesta Sukan Media Pantai Timur 2012 dicadangkan pada akhir Mac depan yang membabitkan warga media dari seluruh Pantai Timur.
Tiga acara sukan akan dipertandingkan iaitu boling, futsal dan badminton dan program yang mendapat tajaan Petronas itu akan diadakan sehari di Mesra Mall Kertih dan Institut Kemahiran Belia Negara, Kemasik.
Selain itu, mesyuarat turut menbincangkan beberapa program menarik untuk dimanfaatkan oleh ahli Kawat termasuk lawatan ke destinasi menarik di Semenanjung selain program bersama Tourism Malaysia yang akan diadakan Raub, Pahang.
Pada majlis itu, Presiden turut menyampaikan `ang pau' kepada AJK Kawat, Sdri I Ling yang akan merayakan Tahun Baru China pada 23 Januari depan.- Story SHUHAIMI/Foto KHAIRUL SIASAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan