Ahad, 11 September 2011

Gembira Kehadiran Orang Baru

Aida bersama puteri beliau, Nang Zara Qasriena yang lahir pada 20 Ogos 2011 lalu.

Ahli Jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) yang juga Ketua Pemberita di Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Aida Abd Rahman selamat melahirkan bayi perempuan pada 20 Ogos 2011 lalu.

Bayi yang diberi nama Nang Zara Qasriena dilahirkan pada jam 4.53 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan kehadiran bayi comel itu diharap mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang Aida dan suami beliau, Nik Rosidi.

Selain Aida, dua lagi ahli Kawat, Abdul Hadi Tahar dari Jabatan Penerangan Negeri Terengganu turut menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Amsyar Qayyum. Muhammad Amsyar Qayyum lahir pada 15 Ogos 2011 manakala Izzah Mohamad dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu menerima kehadiran bayi perempuan pada 29 Ogos 2011 jam 11.45 malam.

Presiden dan ahli Kawat mengucapkan tahniah kepada mereka bertiga kerana telah bergelar mama dan papa.


Tiada ulasan: