DiGi Telecommunications Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dan Homestay Teluk Ketapang mengadakan program pengagihan bubur lambuk kepada penduduk kampung dan pengguna jalan raya di Kampung Teluk Ketapang, Kuala Terengganu pada 12 Ogos 2011 baru-baru ini.
Pada program itu, DiGi memperuntukkan RM2000 untuk membeli barangan keperluan membuat bubur lambuk manakala Kawat dan Homestay Teluk Ketapang bergotong-royong menyediakan bahan dan memasak bubur lambuk.
Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat, berkata ahli Kawat dan peserta Homestay Teluk Ketapang diketuai oleh Cikgu Azmi memulakan gotong-royong pada jam 9 pagi dan pengagihan bermula kira-kira jam 3.30 petang.
Katanya, program seperti itu dapat mewujudkan jalinan kemesraan antara DiGi dengan Kawat selain hubungan baik dengan masyarakat setempat.
Hadir sama mengagihkan bubur lambuk itu ialah dua Eksekutif DiGi Telecommunications Sdn Bhd , Encik Mohd Fairose Harun dan Nur Azlyn Abd Rahman. – shuhaimi ahmad-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan