Datuk Bandar MBKT ketika menyampaikan ucapan pada Malam Mesra Datuk Bandar Bersama Media di Kelab Eksklusif Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
HUBUNGAN mesra antara pengurusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dengan Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) terjalin pada Malam Mesra Datuk Bandar Bersama Media yang diadakan di Kelab Eksklusif Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada 21 Jun 2011 lalu.
Kira-kira 50 warga media hadir bagi memenuhi jemputan Datuk Bandar, Dato' Adzlan Mohd Dagang selain pegawai kanan MBKT.
Program tahunan anjuran MBKT itu bertujuan untuk merapatkan hubungan antara organisasi itu dengan media selain dapat menerima pendapat serta pandangan media bagi memajukan Bandaraya Kuala Terengganu.
Ketika menyampaikan ucapan, Presiden Kawat, Sdr Ayob Mamat melahirkan rasa gembira dengan kehadiran ramai warga media dan ini jelas menunjukkan warga media sentiasa boleh berkerjasama dengan MBKT bagi mewujudkan bandaraya lestari.
Pada malam itu, tetamu dihiburkan dengan persembahan hiburan Kombo MBKT selain persembahan daripada `artis' Kawat yang mampu menyanyi diiringi muzik secara langsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan