Hari ini, 24 Mac telah genap 29 tahun KAWAT berada di Terengganu. Dalam tempoh itu, KAWAT telah melewati pelbagai ranjau dalam perjalanan hidupnya sehingga terus kekal sebagai sebuah kelab media yang aktif di negara ini.
Sebagai seorang Presiden pada waktu ini, saya sangat gembira dengan sejarah KAWAT dan berdoa supaya KAWAT akan terus hebat selama-lamanya. Kepimpinan KAWAT sentiasa bersilih ganti tetapi KAWAT terus hebat. Inilah kelebihan KAWAT.
Walaupun KAWAT hidup hanya di atas ihsan, bantuan dan sokongan pelbagai pihak tanpa mempunyai sumber pendapatan tetap, namun KAWAT sangat berbangga kerana dapat terus aktif. KAWAT adalah sebuah badan NGO yang majmuk politik dan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak atas kepentingan bersama. Kelebihan KAWAT ialah mempunyai pemimpin yang sangat komited dan ahlinya yang sentiasa menyokong apa yang dirancang.
Di era saya, sejak tujuh tahun lalu, saya telah melakukan yang terbaik untuk KAWAT. Saya mengkaji sejarah KAWAT dan merangka perkara-perkara yang membolehkan KAWAT bergerak dengan sifat semasa. Saya "memanggil" sejarah itu dalam aktiviti KAWAT bagi membolehkan ahli sekarang mengenali atau mengetahui sejarah kelab ini.
Hari ini KAWAT telah dilihat hebat dan kehebatan itu telah diperakui oleh semua rakan media dari seluruh negara. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan