Khamis, 13 Ogos 2009

PENYERTAAN ANUGERAH KAWAT-EXXONMOBIL DITUTUP

Pencalonan bagi Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil (AKKEM) 2009 telah pun ditutup dan sekarang dalam proses semakan serta pengesahan daripada urusetia.

Pengerusi Urusetia yang juga Bendahari Kawat, Abdul Mubin Ismail berkata, kesemua enam kategori yang dipertandingkan telah mencapai kuota enam penyertaan bagi setiap kategori.

"Penyertaan tahun ini boleh dikatakan hebat kerana artikel yang dihantar mempunyai kualiti yang cukup kuat dan saya pasti, panel penilai akan berhadapan kesukaran untuk memilih pemenangnya.

"Perkembangan mengenai AKKEM ini akan kami hebahkan apabila proses berkaitan siap kelak," katanya.

Menurut beliau, Presiden Kawat telah mencadangkan beberapa kelainan terutama hadiah iringan dalam AKKEM 2009 ini.

1 ulasan:

Jeff Razali berkata...

assalamualaikum...

salam dari kelab media massa melaka...
jutaan terima kasih kerana sudi melawat blog kami yang tidak seberapa itu...

apapun, blog ini telahpun dilinkkan dengan blog KEMM...