Ahli Kelab Wartawan Terengganu, Zatini Yan selamat melahirkan anak sulong pada Jumaat 13 Julai lalu. Beliau yang bertugas sebagai Juruedit di Unit Komunikasi Negeri Terengganu melahirkan anak lelaki seberat 2.8 kg pada jam 6.40 petang dan dinamakan Abdul Muiz. Zatini kini `dalam pantang' di rumah ibunya di Kampung Buluh, Hulu Terengganu. Presiden, AJK dan ahli Kawat mengucapkan tahniah kepada Tini yang kini sudah bergelar Ummi. -
mismat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan