Ustaz Adli Kesah
Rida Suzilawati Muda
JAKARTA: Lapan ahli Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) bersama bersama 17 yang lain tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno-Hatta di sini pagi ini untuk menyertai lawatan sambil belajar selama empat hari.
Mereka ialah Presiden Kawat, Ayob Mamat, Haji Redzal Arshad (Timbalan Presiden), Puan Halimahton Hamza (Exco Kawat/Pengerusi Biro Latihan dan Lawatan), Elmi Rizal Elias (Exco), Adli Kesah (Exco), Rida Suzilawati Muda (Ahli), Iskandar (Ahli) dan Tuan Azam Tuan Johan (Ahli).
Kesemua mereka mengikuti lawatan yang dianjurkan Jawatankuasa Penerangan Jabatan Penerangan Terengganu dan ditaja kerajaan negeri.
Rombongan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Ustaz Khazan Che Mat itu akan berlepas ke Bandung dengan menaiki bas sebaik tiba di Jakarta untuk mengadakan pertemuan dengan Persatuan Wartawan di sana.
Selepas satu malam di Bandung, Rombongan akan kembali ke Jakarta untuk mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di Televisi Republik Indonesia (TVRI) dan Agensi Berita Nasional Indonesia (Antara).
Lawatan itu antara lain bertujuan bagi bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu berkaitan kepentingan media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan