KUALA TERENGGANU 15 Okt: Lawatan Kawat ke luar negara yang sepatutnya diadakan pada 31hb Oktober hingga 1 November ini terpaksa ditangguhkan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Malah cadangan agar lawatan itu ditukar ke Indonesia juga ditolak memandangkan YAB Menteri Besar Terengganu mahu ia tetap diadakan ke Thailand.
Menurut Pengerusi Lawatan Kawat yang juga Timbalan Presiden Kawar, Haji Redzal Arshad (Gambar) beliau telah pun mengadakan perbincangan dengan pegawai di pejabat YAB Menteri Besar semalam bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.
Katanya, Kawat akan memaklumkan melalui surat hebahan kepada ahlinya mengenai penangguhan tersebut dalam masa terdekat dan berharap mereka yang mengetahui perkara ini agar menghebahkan juga kepada rakan-rakan yang lain.
Namun begitu, lawatan tersebut tetap akan diadakan pada tahun ini dengan jumlah peserta yang dipersetujui seramai 80 orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan